TAMAT sudah..

Esok aku bakal pulang ke kampung halaman tercinta. Tamat sudah semester 7, dan tahun depan aku bakal menjalani praktikal.. Tiba di kampung, pastinya aku akan berusaha untuk medapatkan lesen kereta dengan jayanya. Lesen L sudah diperoleh. Kini hanya perlu belajar lagi selama 10 jam dan test JPJ. Perasaan takut mula menjalar di dalam diri. Agak-agak boleh tak aku lulus dengan sekali test sahaja? Harap-harap semuanya berjalan dengan lancar. (^_^)

Hari Sabtu lepas, aku berkunjung ke Aquaria KLCC. Wow. Menarik~ Sangat kagum dengan begitu banyak ikan-ikan pelbagai bentuk dan warna. Yang paling aku suka, tengok ikan dalam balang yang BESAR..haha~ ..dan "the Living Ocean..dapat tengok jerung, ikan pari yang tersangatlah besar.. dan ikan yang pelik2.. Tengok jellyfish..Jellyfish sangat berbeza dengan kartun punya..haha~



sambungan..10 mitos tentang atuk aku..

entry ini adalah sambungan kepada 10 mitos tentang atuk aku..
Sila klik di sini untuk rujukan..(^_^)
.
.
.

5. atuk aku suka dengar ceramah agama

kalau atuk aku tak dapat pergi masjid untuk dengar ceramah agama, dia mesti duduk kat tepi tangga rumahnya untuk dengar ceramah. al maklumlaa masjid depan rumah.. sukanya atuk aku pada ilmu.. (rujukan dari Pinky Lucia)

6. atuk aku selalu call aku

atuk aku memang selalu call aku.. Hampir setiap hari atuk aku call aku. Kalau tak call aku 1 hari, memang tak lengkap lah hidup dia. Kalau atuk aku call aku, memang berjam-jam lah kitorang sembang.. Maklumlah, topik takkan penah habes. Kadang-kadang aku tanya khabar opah.. kadang-kadang atuk tanya khabar mak ayah.. tanya study ok ke tak..macam-macam lagi la.

7. atuk aku sangat pentingkan pelajaran

Kalau bab pelajaran ni, atuk aku memang nombor 1. Dia selalu nasihat kitorang adik-beradik supaya belajar rajin-rajin. Atuk aku selalu tanya perkembangan akademik kitorang adik-beradik. "Macamana matematik kamu yang lemah hari tu?".. "Macamana English kamu? dah improve?".. Itulah antara soalan-soalan atuk aku selalu tanya.

8. atuk aku selalu datang rumah aku

Tempat yang selalu atuk aku kunjungi..of coz la rumah aku. Atuk aku memang selalu datang rumah aku. Paling kurang pun, 1 bulan 1 kali. Kalau tak, 1 minggu 2 kali dia datang. Kalau boleh hari-hari dia nak pergi rumah aku. Kalau boleh lagi, atuk aku nak menetap kat rumah aku terus. Maklumlah..atuk aku kan sayang cucu. Tak sah kalau tak tengok cucu selalu. Aku pun kadang-kadang tak sempat nak pergi rumah atuk. Alih-alih, dia dah ade kat depan rumah.

9. atuk aku sangat pentingkan kesihatan

Atuk aku ni memang jaga pantang. Makanan yang manis-manis sangat ni dia tak makan. Jaga kesihatan. Atuk aku cakap dia tak suka susahkan anak cucu dia bila dia masuk hospital. Jadi, dia jaga pemakanan dia. Kalau tyme musim buah, kitorang bawak rambutan..dia makan 1biji je. Jaga kesihatan. Makan hanya untuk try saja. Respect betul atuk aku.

10. atuk aku seorang yang penyabar

Atuk aku memang penyabar orangnya. Tak pernah aku tengok dia marah-marah. Atuk aku tak pernah tinggikan suara dia dengan opah, anak-anak atau pun cucu-cucu dia. Kalau ada masalah, atuk aku tak cepat melenting. Dia akan fikirkan jalan yang terbaik untuk selesaikannya tanpa perlu marah-marah, tengking-menengking dan bermasam-muka.

Class la atuk aku..sayang atuk(^_^)




Dreams~



いい ね~

tesis oh tesis..terima kasih kerana mengundurkan diri dari jadual hidupku..

setelah 12 jam mengadap lappy tanpa henti
akhirnya
aku siapkan jugak tesis kesayanganku ini
alang2 dah siap tesis ni..
mesti la aku kena tulis penghargaan sket utk tesis aku ni



PENGHARGAAN
Syukur ke hadrat ilahi kerana dengan izinNYA, dapat juga saya lengkapkan tesis ini. Pertama-tamanya terima kasih kepada tesis ini sendiri kerana telah menyiapkan diri sendiri. Dikesempatan ini juga saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada lappy kesayangan saya atas sumbangan dan dorongan yang begitu mantap, dan juga tanpa beliau maka tidak sempurna lah tesis saya ini. Terima kasih juga kepada Momo kerana sudi menemankan saya ketika semua lena diulit mimpi. Sekian terima kasih.

HANA DEVUSHKA
111000111

haha
dah siap pown karangan penghargaan aku..
mata pown dah jadi lebam dah
gara-gara mengadap skrin laptop ni lama sangat..
dah macam ni ha mata aku..

-credits to google-


pada waktu dan saat ini
aku dah xbley pikir mende lain dah..
mata dah nampak bantal dan katil dah..


-credits to google-


muka bahagia giler
sebab dah siapkan tesis
hua3~~


-my cutey Momo-


Malam pra-graduasi ♥ we belong together ♥

15 October 2010
the Regency Hotel, KL


As we go on
we remember
all the times we
had together
and as our lives change
from whatever
we will still be
♥FRIENDS FOREVER♥

kamoo semua chantek
luv u guys♥

senyuman 5 sentimeter

Lebar senyuman aku keluar dari bilik Dr.. Heh..lesson plan aku diterima..kui3~ Risau gak la aku Dr kritik lebih2..tapi ok aje. Alhamdulillah..

Daripada depan bilik lecturer sampai ke pintu pagar kampus, senyuman aku selebar 5 sentimeter. Tapi selepas 10minit menunggu bas yang tak sampai-sampai, dan dengan manusia yang ramai giler setia menunggu bas yang tak jugak muncul.. senyuman aku sudah berkurang kepada 0.5 sentimeter. Nasib baik dia tak kurang lagi kepada -2.7 sentimeter.

Aku sabar..mood tengah baik ni..senyum..senyum..dan senyum..(^_^)

Esok aku ada macrotreaching..wuhuu~~ nervous nya..(@_@)
DO YOUR BEST HANA!~ GANBATE!~

10 mitos tentang atuk aku..

1. atuk aku pemurah orangnya..

Bila tyme raya, atuk aku memang tak miss bagi duit raya. kalau dia bagi, bukan sket2..kurang2 rm50..itu kire sket la tu..biase atuk aku bagi rm100++..

Bulan 6 hari tu, pokok mempelam kat belakang rumah atuk aku berbuah. 1st tyme berbuah pokok ni. Baru belajar berbuah la katakan. Aku mintak 2 bijik je, tapi atuk aku bagi 10 biji. Terharu sungguh adik aku..Sampai menitis air mata dia.. Aku pown sebak juga.

2. atuk aku penyayang orangnya..

Atuk aku ni memang sayang kat cucu-cucu dia. Tiap kali aku datang kat umah, dia dah ada kat depan pintu..nak sambut cucu la katakan. Almaklumlah..dah lame tak jumpa..

Bila kami sampai aje, atuk aku terus peluk dan cium cucu-cucu dia. Sayang bebenor la katakan..


3. atuk aku seorang yang rajin..

Tiap kali aku pergi umah atuk aku, memang tak pernah aku tengok dia duk baring-baring tak buat kerja. Ada je keje yang nak dibuatnya.

Kadang-kadang atuk aku tolong opah basuh pinggan la. Kadang-kadang dia bercucuk tanam kat tepi rumah la. Memang tak pernah duduk diam. Rajinnya atuk aku..

4. atuk aku selalu ke masjid..

Atuk aku memang selalu ke masjid. Kalau boleh 5 waktu dia akan pergi ke masjid. Kalau bulan ramadhan lagi la. Memang atuk aku tak tinggal terawih. Atuk aku selalu ajak opah dan cucu-cucu dia pergi terawih sekali. Aku memang respect atuk aku..

5. atuk aku...

Lagi 6 aku sambung dalam entry lain.. Dah lenguh menaip..hehe(^_^)

Roselle..sedap dibuat jus dan jem..yummy~~


Roselle segar dari kebun mak aku.. Wahh...sodap.. Sejuk aje tekak ni minum air roselle mak..yummy~

Jem roselle pown enak juga..nyum3~ Sesuai dimakan tyme raya macam ni..haha~
Nanti aku nak buat tart roselle..boleh?..huhu~

Hujan lagi~

keluar dari library tadi
tengok langit gelap aje
alamak!
payung lupa bawak..

kawan2..
cepat..

sampai bustop
hujan dah turun
makin lebat
makin lebat..
baju dah separuh basah!

sampai kolej
turun bas
hujan tambah lebat..

tetiba
angin datang
kuat giler~
habes terbang payung
baju habes lencun
dari hujung kepala
sampai hujung kaki
habes basah

gate kolej pown terbalik
dahsyatnya angin
aku redah juga

sampai rumah..
dah macam orang jatuh dalam kolam renang
(ToT)

hujan oh hujan

currently watching..

おはよう。。

Currently watching Kaichou wa Maid-sama..


-credits to google-

hehe..(^_^)..best~~

..about student council president, Ayuzawa Misaki (misa-chan) working at maid cafe as a part-timer due to family circumstances. She tries to hides her job from the school because of his president's title. Unfortunately Usui Takumi, a popular guy from school found out about her job and began imposing her life. There are a lots of funny moments(^_^).. Love it!~

じゃね。。

Black n White Contest~

Balik aje dari Karnival Riang Ria Raya di kolej, aku terus menekan butang ON di lappy kesayangan. Kemudian icon Mozilla Firefox aku click. Lalu aku masuk blog kesayangan aku ni. Aku baca komen-komen. Owh, ada satu komen dari Pinky Lucia.

"cik Hana... anda di tag untuk join contest black and white hehehe.."

Tag? Contest? Lalu aku masuk blog cik Pinky Lucia pula. Owh, contest dari En. KisahCreativeHeart rupanya. Aku click pula link tuan punya penganjur contest ni (KisahCreativeHeart). Aku baca tajuk entry nya.. "Black and White Contest". Aku scroll down page tersebut. Owh. Ada syarat-syarat penyertaan. Aku baca syarat2 tersebut dengan teliti. Syarat-syarat penyertaan contest black n white tersebut adalah seperti berikut:
  • Pertandingan ini bermula 26 July berakhir pada 6 September 2010...
  • Hadiah merupakan wang Ringgit... dan akan dihantar melalui akaun bank... jumlah dirahsiakan...
  • Anda hendaklah meng-Upload gmba hitan dan putih sahaja... dan untuk mengelakkan penipuan... gamba itu mesti gamba anda sendiri... kalo d orang lain menyelit2 tu takpe... janji anda mesti berada dalam gamba tu... Susahkan?? hahhaaaa... nak dapat duit memang la susah sikit...
  • Anda hendaklah menjadi salah sorang follower saya...
  • Banner atas nie mestilah diletakkan di slidebar blog anda... ala selalu yang kat tepi tu...
  • Tag at least one person... banyak lagi bagus... dan pastikan orang yang anda tag tu tahu yang dia di tag..
  • PENTING.... sila tinggalkan link yang anda upload gmba anda tu kat comment post ini yup... nanti sy xtau plak..

Upload gambar? Urm..nak upload gambar yang mane ye?..Aku ligat berfikir. Aku terus membuka folder-folder gambarku. Mencari-cari gambar yang sesuai yang boleh diupload. Yang penting, mesti ada gambar aku dalam tu ye.. Setelah penat mencari..Aku memilih gambar ini. Gambar bersama my bff..hee(^_^)


Okay..syarat yang seterusnya. “Anda hendaklah menjadi salah sorang follower saya...”. Lalu aku tekan butang “Follow” di blog En KisahCreativeHeart.


Syarat yang seterusnya, “Banner atas nie mestilah diletakkan di slidebar blog anda... ala selalu yang kat tepi tu...” Okay, aku pown buat la apa yang patut.

Next.. “Tag at least one person... banyak lagi bagus... dan pastikan orang yang anda tag tu tahu yang dia di tag..” Aku pun mula memikirkan siapakah gerangannya yang bertuah, yang akan di tag oleh aku nanti. Setelah berfikir secara bijaksana dan memikirkan baik buruk nya (laugh~), aku telah memilih..jeng3~:

Hehe..Zamy..selamat mencuba..(^_^)


cuti 5 hari, tapi aku tetap disini..

こんにちは。。

Mula hari ni, aku cuti 5 hari..

jumaat: cuti nuzul quran
sabtu n ahad : cuti hunjung minggu
isnin: class batal
selasa: cuti merdeka

total cuti aku start hri ni adalah 5 hari. Tapi aku tak ada plan nak gi mana2 pown. uwaahh~ boringnya.. Nak balik kg terus, rabu ngan khamis adalah class yang xboleh ponteng. Hri khamis ni ada presentation PBL..

Alangkah bagusnya kalau class pada hari rabu dan khamis dibatalkan juga. Kalau la macam tu, hari ni aku boleh terus poskan diriku ini balik ke rumah tercinta.(^_^)

Tapi apakan daya..akan ku tabahkan diri ini melalui hari-hari mendatang (ayat apakah ini?..) Yang penting adalah, lagi 7 hari aku balik umah..yahuuu~~ Jom kite balik kg ramai2.. Akan ku suruh mak masak mee bandung kegemaran semua itu(^_^) yummy~

じゃね。。

waahh!!~~ draft jadual exam dah keluar..

おはよう。。

wuuhuu~ Aku baru masuk portal td..check jadual exam.. Amik ko! dah keluar dah..jeng3..

wahh..3 hari je exam aku sem ni.. lagi 2 tu xde final ye..so, 3 paper je untuk aku bertungkus lumus study pada sem ni..Maklumlah..dah sem last2 ni..sem depan dah nak praktikal..nervous oo..pikir pasal praktikal ni, adakah aku boleh menjalani praktikal dengan baik dan lulus cemerlang?..haha..sama-sama la kite tengok nanti..(^_^)

tapi bile tengok jadual exam ni, paper last aku 3hb 12.. Kalau ikut kalendar akademik, last exam 10hb 12.. habes awal sket la aku sem ni. Biasanya pada sem2 lepas, aku la orang yang paling lewat habes exam..(T_T)


Nway..next week dah start cuti raya.. Aku balik kg 4hb 9.. Nak balik 3hb, tapi tiket dah habes. Persaingan sengit betol untuk mendapatkan tiket raya ni.. Lots of thanks 2 Pinky Lucia sebab susah payah beratur dan sudi belikan tiket untuk diri ini..hee~

じゃね。。

majlis buka puasa~

tanggal 22 august 2010, majlis berbuka puasa beramai-ramai telah diadakan di One Smile Bistro.. Owh, aku cakap je beramai-ramai tapi bukan seluruh warga kampus.. Hanya coursemate aku je. Kitorang dah rancang 3 hari sebelum tu untuk berbuka puasa bersama-sama..(^_^)

-kueh mueh yang disediakan oleh kawan2 yang best!-

Best jugak makan ramai-ramai ni. Seronok.. Lagipun bukan selalu dapat berkumpul ramai-ramai ni.. Macam-macam perkara yang tak disangka-sangka berlaku. Hepy, gelak ketawa, yang memalukan pown ada..tapi cover2 je la..ha3~

-coursemate ku yang comel n hensem semua..ki3~-

Aku sempat jugak snap pic sana n sini.. tapi tak banyak pown.. Overall..best la majlis buka puasa ni. Makan sama-sama ngan kawan, sembang-sembang, gelak-gelak, cerita-cerita, gosip-gosip..huhu~ Banyak tol aktiviti nya..(^_^)


-wajah2 ceria mereka-

-posing maut 2~-

Tahun depan dah tak boleh bukak puasa sama-sama macam ni dah.. Sedey weyh.. Tapi xpe..kenangan manis tetap tersemat di hati..(^_^)

menu berbuka

menu berbuka hari ini agak special sedikit ye. kamu tanya kenapa? sebabnya chef hari ini di import khas dari johor..huhu(^_^). Chef Riz sangat berbakat dalam masak-memasak ni. Jom kite jenguk ape yang chef Riz masak hari ini. Aku buat ape? aku tak buat pape. aku hanya bertindak sebagai penolong chef sahaja. tolong tengok itu memang kerja aku.haha(^_^)


-sardin masam tak manis-manis-


-sayur campur campak!-


..inilah menu berbuka orang bujang..ngeh3~~

selamat menyambut ramadhan

-credits to google-

selamat berpuasa kepada semua
muslimin dan muslimat

jangan nakal-nakal
genapkan puasa anda
selama 1 bulan
di bulan ramadhan

harapan aku untuk ramadhan tahun ini ialah...

"semoga puasa aku penuh...aminn"

hehe..

がんばります。

wah..masuk hari ni, dah cukup sebulan aku x update blog.. mood untuk menulis ni hilang entah ke mana. Biasa la, awal2 sem ni kelam kabut sket.

semalam aku pegi tengok citrawarna rainforest festival sempena pesta gawai keamatan. ada tarian2 tradisional semua. agak menarik jugak. yang paling aku suke tyme ada persembahan 'sape' ni..uuh..teruja jugak aku tengok die main. macam gitar pown ade..(^_^)


-sape-
credits to google

well..banyak assignment menunggu. dah senior year ni..banyak la keje nye.. dengan tesis ny, assignment ny, presentation n etc..

well..がんばります。

wajah ceria digemari ramai


aku sangat suka tengok gambar-gambar yang ceria. esp wajah manusia-manusia yang sangat ceria. tak kisah la wajah kanak-kanak, remaja, dewasa mahupun warga emas. yang penting ceria. bila aku tengok gambar-gambar yang berwajah ceria ni, aku pun turut ceria juga. melihat wajah-wajah yang ceria ini adalah terapi yang cukup baik untuk aku di waktu kesedihan.


aku juga suka menatap wajah kanak-kanak yang comel dan innocent. (^_^).. Bila berada di rumah, album gambar keluarga akan ku selak-selak melihat tanpa jemu wajah-wajah adik-adik ketika kecil. amat comel dan mencuit hati.

bila tengah menangis, kalau terpandang wajah yang comel itu, serta merta tangisan aku akan terhenti. comelnya.. sangat comel.(^_^)

(T_T)

sedih?

kempen berkunjung ke majlis perkahwinan

hampir setiap hari ada majlis perkahwinan yang meronta-ronta minta dikunjungi. Dah berderet beg-beg kertas dari kenduri-kenduri kawen ni kat rumah aku. Dah tak larat dah. Sekarang trend orang bagi surat yassin. Bagus jugak idea ni. Dapat pahala kalau surat yassin tu dibaca dan digunakan.

Tapi dah semakin kurang orang bagi bunga telur. Mak aku adalah peminat setia bunga. Beliau sangat suka bunga, jadi beliau sedikit kecewa kerana bunga telur masih tiada dalam koleksi cenderahati perkahwinan pada musim cuti sekolah ni.

Tapi, semalam aku pergi majlis kahwin best friend aku mase sekolah rendah. Cantik betul aku tengok dia. Makeup nya ala kadar saja, tapi disebabkan kecantikan semulajadi dia dah terserlah, dia tetap nampak superb cantik, naik seri orang cakap..hehe~ ..Dan..kawan aku ni bagi bunga telur. Gembira sungguh hati ibuku.(^_^)

Hari ni juga ada satu lagi majlis. Tapi satu kampung aje, kawan kepada abang aku. Mak aku dah menuju ke kenduri kawen tu seawal pukul 8 pagi. Maklumlah, hidup di kampung perlu selalu tolong menolong. Tapi yang pasti abang aku tak balik, busy la memanjang. Menagalahkan CEO pun ada.ki3~

so,setakat ini sahaja laporan aku tentang majlis perkahwinan selama seminggu cuti sekolah berlangsung. Kembali ke sri pentas..ngeh3~

pemergianmu ku kenang..(T_T)

owh. sudah 1 bulan aku x update blog. kenapa? sebab aku sedih. aku tak boleh nak terima. sob2(T_T). aku tak tahu apa lagi yang harus aku buat. adik cakap, sabar..nak buat macamana. benda dah pergi, tak akan kembali.

tapi hidup mesti diteruskan. aku akan cari yang lain. yang sudi jadi peneman di sisi.

semalam, aku jumpa si dia. aku sudah berubah ceria. kerja-kerja yang tertangguh juga boleh disiapkan. Thank you netbook ku..muahh..satu ciuman untuk mu.

kepada lappy kesayangan yang telah pergi, jangan salahkan diriku. bukan aku tak sayang kamu. cuma bak kata orang, hidup perlu diteruskan. jangan risau jangan bimbang, pemergianmu ku kenang..(^_^)

o o o balik kampung..(Happy mood~)

waahh..
hari ni aku balik kampung
flight pukul 9 malam
so
pukul 3.30 nanti aku naik bas gi KL..

waahh..
excited excited
double excited
triple excited

dah lama tidak menatap wajah-wajah orang kesayangan.
Macamana agaknya mereka semua
Ada berubah dari segi fizikal
ataupun emosional?

Yang pasti
adik aku yang baru masuk form 1 tu,
mesti fizikalnya ada perubahan
adik aku yang form 4 tu pula
dengar kata
emosinya sudah ada peningkatan yang baik
tidak lagi seperti kanak-kanak
tidak lagi emosi tak tentu pasal
semakin menginjak dewasa
gembiranya..(^_^)

Semalam aku dapat sms. Dari adik aku yang sedang belajar di UITM sekarang. Dia cakap TV kat rumah tak OK. Owh. Sedih. Tak boleh la aku tengok Adamaya lepas ni. sob2..(T_T). Nak tengok on9, internet rumah aku pakai tmnet je..Mane la mampu untuk bukak halaman tv3. Ish3. Habes la cuti dua bulan aku tanpa tv nampaknya.

Tapi kerja aku cuti ni banyak juga. Aku perlu buat temubual untuk thesis aku. Nampaknya jenuh la aku nak buat transkripnya. Sudah terbayang hari-hari yang akan aku lalui semasa proses menyiapkan transkrip. Mesti sakit belakang mengadap lappy kesayangan ni. Owh. Ada sesiapa mahu membantu ke? Free of charge. hee~

Yang pasti, selama tempoh aku berada di rumah..kekerapan aku untuk update blog sangat la sedikit. Mana nak tahan internet macam siput sedut. Siput lagi laju rasenya.(laugh~). Okay semua yang sedang bercuti dan yang akan bercuti..Selamat bercuti. Happy holiday. Pastikan anda pulang ke kampung dan peluk cium parents masing-masing. Okay. Aku nak gi packing barang ni. Bas kul 3.30 tapi satu pown tak packing lagi. 3jam lagi ok..

Sekali lagi..Selamat Bercuti buat diriku..haha~

aihh..jiran aku buat party ke?


jam dah menginjak ke 2 pagi. Tapi rumah jiran aku masih lagi bising. Dari petang tadi lagi, memekak je. Kalau sembang2 tu, jangan la sampai mengganggu orang lain. Wahai jiranku, jiranmu ini mahu tidur. Dan aku percaya orang lain juga mahu tidur.

Tapi yang aku peliknya. Ada suara lelaki sekali. Korang tak reti balik rumah ke? Dah pukul dua ni weyh. Takkan kau nak bermalam dekat rumah tu kowt. Agak-agak la sikit. Adoii..tolong la senyap sikit, jadi budak yang baik dan balik rumah masing-masing.

Tapi nasib baik diorang tak karoake. Kalau tak, lagi haru-biru jadinya. Keluar suara-suara yang tak berapa nak menyumbang. Aku rasa kalau diorang tak senyap lagi, nanti akan ada la suara-suara warning dari jiran-jiran diorang ni.haha~

Selamat malam semua..(^_^) Tido nyenyak dan mimpi indah. Owh..jangan lupa peluk bantal busuk masing-masing..~

hepy holiday everyone..~~

hepy holiday!!~
owh..
bukan semua orang
sebab ade yang bekerja

cthnya
Pinky Lucia
beliau cuti kejap aje
10hb kena masuk keje balik
maklumlah
orang yang dah bekerjaya
hehe..

so
tak ada cuti la
yang sekolah
bulan 6 baru cuti
yang duk IPT
sekarang anda cuti

yahuu!!~~
sekali lagi..
selamat bercuti
untuk diri sendiri
dan
sesiapa yang terlibat
secara langsung dan tidak..

balik kampung ni banyak faedahnya..nak tahu? Ni aku listkan 10 faedah balik kampung..
  1. boleh jumpa mak
  2. boleh peluk mak
  3. boleh cium mak
  4. boleh makan masakan mak
  5. boleh jumpa ayah
  6. boleh peluk ayah
  7. boleh cium ayah
  8. boleh jumpa kakak
  9. boleh jumpa abang
  10. boleh jumpa adik
  11. boleh jumpa adik
  12. boleh jumpa adik
oppss..dah terlebih pulak..mesti kamu pelik kan kenapa aku senaraikan tiga kali "boleh jumpa adik'.. Itu sebabnya, aku ada 3 orang adik..haha~

Akhir kata, Selamat bercuti kepada sesiapa yang bercuti..(^_^)

oppss..dah bulan MAy?...

Hari ni dah masuk 4hb MEi 2010
boleh pulak mamai2 lagi
ohh..
dah masuk bulan 5 rupenya
owh..aku ade 1 lagi paper petang ni..
kul 2.30
pastu esok boleh balik kampung..
..lalalala..

owh..
lupa pula

aku menang contest
Hizami 234 Epy Besday Kontest

1st tyme join contest
xsangka boleh menang pula..

thanks to Hizami kerana sudi bagi aku menang..tee hee~
lepas ni aku tidak mampu tido nyenyak
sebab?
asyik teringat hadiah yang bakal dimenangi..kui3~

one more to go~~~

yay!
dah habes paper thermo..
pasni ade 1 lagi paper, 4th may!

tapi

aku xnak study lagi..
aku nak siapkan proposal thesis dulu..
ade kena edit sikit lagi..

okay.
esok aku study.
hehe..(^_^)

i love..Thermodynamics!~


THERMODYNAMICS


pertama kali dengar nama THERMODYNAMICS, seram sejuk gak aku. Biar betol. Aku kena amik subjek thermodynamics ni. Bunyi nama die aje dah buat aku seriau. Ape agaknye antara isi-isi pelajaran dalam subjek thermodynamics ni? Ini buat aku runsing.

Tapi bak kata orang, kalau tak kenal maka tak cinta. Ini kata orang, bukan kata aku. Aku no comment sebab tak kaji lagi bab ni.ha3~ Mula-mula masuk kelas, aku pandang sekeliling. Bilang-bilang pelajar yang hadir untuk subjek ni. 1..2..3..4.. 4 orang? biar betol? 4 orang je? ha3..4 orang je yang amik subjek ni?? Sebenarnya aku dah tahu ada 4 orang je yang amik subjek ni. Tapi aku pura-pura terkejut. Siap buat-buat mata terbeliak.(0_0)

So, kalau dah dalam kelas ada 4 orang je..lecturer pun akan bagi perhatian lebih terhadap pelajar-pelajar kesayangan beliau. Outcome nya, subjek ini la yang paling aku suka dalam semester ni. Bukan sahaja ada 4 orang je dalam kelas, tapi kaedah pengajaran lecturer ku juga membuatkan isi-isi penting melekat dalam kepala aku. Bila lecturer bagi assignment, rase happy plak nak siapkan(hehe..agak tipu 30.1%)

Tanggal 30hb April 2010, iaitu hari jumaat ni..paper thermodynamics aku!~~ Yahuu..(pura2 bahagia)..Aku harap okay la subjek thermo aku ni. Cahaya A tu terbayang-bayang kat mata hitam aku ni. Aku harap bukan bayang-bayang je yang aku dapat nanti..ngee~

Okay..aku nak study THERMODYNAMICS ni..siap buat capslock lagi tu. Ini membuktikan bahawa aku in full mode nak study subjek kesayangan aku ni. Ganbarimasu!~~

eXam..ExAm..ExaM!



dri kecik sampai besar,

hidup kite ni penuh dgn exam..
dari darjah 1 sampai la masuk universiti,

exam x habes2..

bile la nk habes exam ni?


oppss..

ape yg aku membebel ni?

aku nk lari blh?

nk lari dr exam!


paper Vibration, Wave & Optics aku td..

rase mcm hancus je..

ni la subjek yg paling aku x suke sem ni..

knp aku xsuke?
knp?
.
.

.
sebab..

class asyik batal!

nak dekat minggu2 last,
syllybus byk lg x cover..

so sume rushing2
last2
aku yg x paham!

ape la markah yg aku dapat subjek ni ye?
hrp2 ok ler..
sob2..(T_T)

not so..gorgeous~



thanks to Budak Lelaki Sebelah Pintu atau pun lebih tepat lagi, Hizami for this award~
gorgeous ke aku?
rase mcm x..(hehe)..
nway..
ni 1st tyme aku dpat ape2 award..
maklumlah..
jagung pown xmasak lg..(^_^)

tp klu bagi aku bunga betol2 mcm pic kat atas ni..
lagi bagus..ngee~

Hizami 234 Epy Besday Kontest.


Entry ni adalah sempena bzday kawan atau teman atau sahabat atau lebih tepat lagi coursemate aku, Hizami. Sila klik aje name Hizami untuk ke blog beliau..(^_^). Bzday beliau jatuh pada 23hb April..23/4..234..nice number kan?..(^_^)

Sebenarnya ni la 1st tyme aku join contest. Kawan aku Hizami ni plak, 1st tyme anjurkan contest. So same2 1st la..hee~ Saje2 nak try. X pepenah join, nak gak join contest sekali dlm seumur idup ni.. Jadi kalau sesape yang berminat nak join contest ni..Sila la klik disini. Tarikh tutup contest ni,pada jam 11.59 mlm 30hb april 2010. Hadiahnye jugak agak lumayan..hee~
So sesape yang rase nk join 2, cepat2 la..sementara masih Hot n Spicy..(^_^)

Kay la..nak wish la sket kat bzday boy kite ni..
  • Wishing you the happiest of bzdays.
  • Hope your bzday blossoms into lots of dreams come true!
  • May today be filled with sunshine and smiles, laughter and love.
  • Always remember..you're older today than yesterday but younger than tomorrow, Hepy Bzday!
  • And lastly..Have a wonderful day and fabulous year.
..dan seperti biase..wish bzday aku kat yg same je tiap2 tahun..
-semoga panjang umur, murah rezeki dan bertambah keimanan-

Dan..sebagai bonus tahun yg last aku sambut bzday Hizami ditempat yang sama(ha3~)..aku dedikasi kan video yang x seberapa nak bagus ni untuk Hizami..
saengil chukha hamnida..Njoy~



thank u UMI for all hardship 21 yrs ago

aku ade sorg kwan. kawan yg sgt sweet. manis mcm gula2..(^_^)..2 hari lepas, kwan aku ni smbut bzday die yg ke 21.

aku bukan nk ucap hepy bzday dkat die kat sni. Cume nk cerita mcmn die smbut bzday die. Unique. Aku pown xpenah terfikir nak buat mcm 2. Sangat2 la terharu.

biase org belikan kek utk kite tyme bzday kan? Tp kwn aku ni, die belikan kek utk mak die. Kat atas kek tu tertulis, "Thank u for ur hardship 21 years ago,Umi -along".


waah..sejuk perut ibu mengandung. Mesti Umi die rase sgt bertuah dpt anak mcm kwn aku ni. Ingat jasa dan pengorbanan ibu membesarkan kite.

Okay..lpas ni, jom kite pakat beli kek utk mak tyme bzday 6t..hehe~

sedapnye jeruk mangga..nyum3~

hri ni mak sms..
"buah mangga tengah lebat kat umah ni. Nak makan jeruk tak? Kalau nak mak nak jeruk ni. Simpan makan bulan 5 nanti"

sob2..terharu aku..ingat jugak mak dekat anak kesayangan die ni. Siap nak buat jeruk mangga lagi untuk aku. Ni tak sabar2 nak balik ni. Lambatnye bulan 5. Lambatnye exam habis.

Malam ni confirm aku mimpi jeruk mangga..huhu~

dari khamis jadi sabtu

hari khamis lepas, aku berjalan lenggang2 kangkung bersama sahabat sehati sejiwa aku ke bilik lecturer untuk subjek GGO aku. Sebab ape?. Sebab nya, lecturer tu nak bagi take home quiz untuk kitorang. Ni kira assignment last la. Tapi one day je. Patut nya amik hri khamis, hantar hari jumaat.

Lagi 10 meter aku nak smpai blik lecturer, terserempak la ngan classmate aku. Die ckp take home quiz tu tak jadi hari ni. Amik esok plak. Pas2 hantar hari sabtu.

Dan...hri ni...aku nak pergi amik soalan tu..Lecturer cakap amik esok plak dah..hantar hari ahad..

Agak-agak la..klu aku gi amik esok, btol2 ade ke soalan tu?..Entah2 esok aku pergi die ckp macam ni ha.."awak datang amik esok la. Hri isnin hantar." Adoii..kalau betol2 la macam 2..aku terus xpergi amik..biar hilang 5markah!

-susah senang-

SENANG
senangnya kita lupakan jasa orang
senangnya kita abaikan orang
senangnya kita khianati orang
senangnya kita berbuat kemungkaran
senangnya kita meninggalkan kebaikan

tapi..

SUSAH
susahnya kita membalas jasa orang
susahnya kita setia pada seseorang
susahnya kita melakukan kebaikan
susahnya kita meninggalkan kemungkaran
susahnya kita mahu menghalang kemungkaran

kenapa?

NevEr minD~


Keep yelling.
I don't care.
You'll stop when your throat hurt.
But, could you please stop for a second?.
And think back what have you done.
Think of what you have cause everyone else to go through.
Think of it, will you?
You never consider such a thing, do you?
I had enough of you.
Bye bye.

meja VIP, layanan hampeh!

teringat aku pada satu kejadian yang berlaku lebih kurang setahun yang lalu. Masa tu aku n family pegi la kenduri kawen keluarga terdekat aku. Family aku belah lelaki. So kitorg pown berangkat la menaiki beberapa buah kereta. Sampai sna, macam biasa la. Angkat dulang hantaran. Berarak sket. Pas2 ada kompang sambut. Macam kenduri biasa la.

Ok. Lpas dah selesai sume majlis 2, kitorg pun dijemput la makan. Masuk je dlm khemah, aku tgk meja utk rombongan pihak lelaki diasingkan daripada meja org ramai yang berkunjung. Meja utk rombongan adalh meja bulat dan meja utk org ramai yang berkunjung adalah meja yang panjang. Atas meja kitorg dah tersedia lauk2nye sume. Macam2 lauk yang tersedia. Ada ayam percik, udang, sotong..Semua lengkap la. Nasi je x ada.

tunggu punya tunggu, nasi x sampai2.. Meja utk parents pengantin aje yg dihidangkan nasi. Meja lain x ade. Aku naik heran. Meja dah ala2 VIP. Very Important Person la katakan.. Tp xde pulak org tlg layan. Pinggan nak letak nasi pown xnmpak batang hidungnye. Semua org dah lapar. Dahaga apatah lagi. Tengahari terik ni makcik oii.. Kurang2 hidang la air. Semua dah bising2. Ape ni?..Nak buat kenduri ke nak buat party?

Last2 kitorg kena cri sdri nasi nye. Air pown x disediakan. Setelah melilau2 mencari nasi. Dapat la nasi minyak 2. TAPI..xcukup plak..adik aku dapat sket je. ciput je. Alahai. Nasi pown xckp ni. Nasi mentah ke ape? Nak sruh kitorg mkn pasir ke?


Akhirnye kitorg sempat habeskan lauk dlu. . Bru nasi smpai..Xtahan lapar la katakan. Hrmm..aku rase benda macam ni xpatut jd. Klu malas nk layan sgt, buat je mkn selerak..blh semua mkn amik sdri. xyah susah2 buat meja ala2 VIP bagai. Last2 dri sdri malu. Ramai pulak org buat dosa. Sbb duk mengata layanan mcm hampeh..!

Benci2 jd syg


Masihkah kau ingat? Suatu ketika dulu. Aku benci kau. Bile nampak aje muka kau. Aku nak muntah. Perasaan benci aku menjadi-jadi. Hari demi hari. Aku yakin aku bukan puncanya. Bila kita bertemu saja, kau mengata aku bukan-bukan. Kau malukan aku depan kawan-kawan. Kau ckp aku tergila-gila kan kau. Ehh..aku masih waras lagi la. Aku masih ada otak utk berfikir. Aku bukan desperate nak org macam kau.

Masihkah kau ingat? Suatu masa dahulu. Kau menyampah tgk aku. Aku tahu. Buktinya kau selalu sakitkan hati aku. Kau selalu hiris hati aku. Hati aku berdarah. Membuak-buak. Kau x tahu. Kau xpenah amik kisah. Kau memang hati beku.

Masihkah kau ingat? Pada satu ketika dulu. Ketika semua org berpaling padaku. Kau masih disitu. Kau pandang aku. Kau datang dekat aku. Kau pegang tangan aku. Kata kau, "x ape. aku masih ada disni menemani kamu."

Masihkah kau ingat? Suatu saat dulu. Kau berdiri di sebelahku. Kau tetap disitu. Walaupun semua yang lain sudah meninggalkan aku. Tahukah engkau pada ketika itu, akulah manusia yang paling bertuah dimuka bumi ini. Baru ku sedar. Kau memang teman sejati.

Kini ku tahu. Kau memang sayang padaku. Semua kebencian itu sengaja direka-reka. Supaya kau dekat dengan ku. Sekarang aku xkisah semua itu. Asalkan kau berada disni, disampingku.

Timun Cina


Tgh2 bersantai di billik dikala matahari panas terik ni, tetibe aku tebayangkan tembikai. Aku pown type la kat google "tembikai". Cari image2 yg ade. Xthn btol tgk gmbr2 tembikai ni sume. Dah meleleh air liur aku ni..huhu~

Tembikai ini dipanggil sebagai Timun Cina di pantai timur. Atau nama botani nye Citrullus Lanatus.

Sedapnye kalau boleh makan tembikai tengah2 hri yang panas ni..Terasa sejuk tekak dan badan. Nikmatnye.. Sape la nk bagi aku mkn tembikai ni?.. Mana la taw tetibe ade org ketuk pin2 rumah nk bg tembikai. Baik nye hati org 2..hee~

Asyik sedap aje mkn tembikai ni, pernah x kite terfikir ape khasiat tembikai ni? Pasti la banyak khasiatnye. Nama dah buah. Buah ape pown ade khasiat. Even "buah hati" pown ade khasiatnye..ngee~

Tembikai ni ade 6% gula dan 94% air. Wow~banyak btol kandungan airnye..hehe..kure2 dlm perahu pula. Kalau dapat minum jus tembikai pown best jgak ni. Waahh..xtahan btol..nak balik umah..nak blik umah..!!

Tembikai mmg byk khasiat die. Meh aku senaraikan sket khasiat die.

  1. fights heart disease.
  2. reduces the risk of cancer.
  3. good source of vitamins and minerals.
  4. energy production

Aku xpenah taw plak tembikai boleh mengurangkan risiko kanser. Lpas ni aku nk mkn byk2 la tembikai. Mkan smpai kembong perut. Penuh dgn air..tee hee~

yay!

yay! sudah masuk 1April..maknanya dah masuk bulan baru. Sempena bulan bru, hari baru ni..harap2 semua persengketaan dapat dihentikan. Bawak2 la bertenang. Tapi jgn pulak main "april fool". 6t x pasal2 ade plak topik baru utk memulakan pergaduhan.

Aku rase lega sket skrg. Sebabnya proposal thesis aku yg sepatutnya kena hantar hri jumaat ni dah ditangguhkan. Hantar selasa next week plak. Harap2 semua berjalan lancar. Tp isnin dpan aku kena hantar assignment thermodynamics. Hari selasa plak ade quiz GGO. Hri khamis plak kena hantar assignment techno..huhu~ Bru aje nak rase lega sket, dah runsing balik. Esp GGO. Aku runsing ngan quiz GGO ni. Mane x nye, lecturer 2 mengajar macam ckp ngan org yg kat dpan2 aje. Dah la kelas bising macam pasar. Xpenah lg aku masuk class mcm 2. Huishh..makin runsing aku.

Hri jumaat ni aku kena daftar kursus plak. Nak kena susun jadual lg.ish3~ Skrg ni aku xtaw nak pilih yg mane 1 ni. Nak amik teori nombor, kaedah berangka atau pembolehubah kompleks?..Yg mane lg senang ye? Yg mane lg senang nk score?..Nampaknye aku kena survey2 ni.

1 benda yg pasti, exam dah dekat. Study xsempat2..hee~

strawberry jr.


tengah2 membelek gambar2 family, aku terjumpa gambar ni.. Ermm..aku xtahu ape name buah ni. Tp kami panggil die strawberry cherry. Sebabnye die mcm strawberry tp kecil mcm cherry..hee~

Buah ni ala2 manis.. Klu boring2 tu, bley la mkn. Buah ni sgt digemari oleh anak2 jiran aku. Selalu dtg umah, melingkar2 dkat pokok ni..terjenguk2 cari buah.haha~

Aku pown dah lame xmkn buah ni. Lambatnye cuti sem.. Nak blik mkn buah mangga dan mskan mak..(^_^)

Aku syg kau. Kau syg aku. Knp kite xblh bersama?

Kau tanya aku, "do u luv me?".

Aku diam. Aku syg kau.Tp aku takut aku silap. Aku takut tersilap pilih. Aku takut sangat. Aku takut aku silau. Silau dgn cahaya cinta yang kau bagi.

Aku tahu kau syg aku sepenuh hati. Tp aku masih takut. Aku takut aku berubah hati.

Kau bagi aku hadiah. Aku hepy sgt. Tp aku xckp. Aku tahu kau susah payah beli hadiah utk aku. Susah payah balutkan hadiah utk aku. Aku tahu semua i2. Tp aku masih takut. Aku takut aku xdpt balas ape yg kau bagi. Aku takut aku kecewakan kau satu hari 6t.

Kau puji aku. Aku serba salah. Aku takut aku lupa. Aku takut aku lupa siapa diri aku sebenarnya.

Kau cakap aku segalanya bagi kau. Aku tahu i2. Tp aku takut. Aku bukan manusia sempurna macam kau bayangkan. Aku bukanlah seputih yang kau sangkakan.

Kau ckp kau nak jd putera dlm hati aku selamanya. Aku hepy sgt. Aku pown nak jd puteri dlm hati kau jugak. Kita janji nak bersama. Aku percaya kau. Aku percaya kau sepenuh hati.

Tp bila kau percaya org lain lbh dri aku, aku sedih sgt. Bukan kah kepercayaan 2 asas kpd sesuatu perhubungan? Aku xblh terima. Aku jauhkan diri dari kau. Aku tahu kau sedih. Aku tahu kau tertekan. Tp maafkan aku. Pin2 hati aku sudah tertutup. Aku syg kau. Tp kita bukan ditakdirkan bersama. Aku bukan utk kau. Kau bukan utk aku.

Sekarang, kau dah ada puteri lain dlm mata kau. Aku tahu i2. Aku hanya pandang. Aku xckp apa. Aku tahu kau bahagia. Aku cuma tumpang gembira. Tp aku tahu, kau xnmpak aku lg. Jalan kita dah lain. Kau pusing kiri. Aku belok kanan. Aku pandang atas. Aku nampak wajah dia. Dia senyum pada aku. Sekarang aku tahu. Aku juga bahagia.



hujan tersangat la lebat


aku baru blik dri lab..Hujan tersangat la lebat hri ni. Aku ada lab kul 2 td, so tepat jam 1.45, aku dan sahabat sejati aku trun la menuju ke bus stop. Tapi hujan tersangat lah lebat. Terpaksa meminjam payung dri housemate. Maklumlah, payung aku dah uzur. Hujan2 lebat macam ni, tak akan dapat bertahan.

Sampai kat bustop, kain aku dah basah. Adoii..ni xsmpai class lg. Tunggu punya 2nggu, bas x berhenti pown. Lpas satu, satu bas lalu. Tapi xde 1 pown berenti nak amik kitorg yg tgh bermandi hujan ni. Pakcik tlg berenti pakcik..kami mahu cepat smpai ke kelas.

Jam dah menginjak ke pukul 2.02minit petang. Bas xnak jugak berenti. Hujan makin lebat.

Dalam pukul 2.10, ade la pakcik bas yang sangat bermurah hati utk berenti amik kami semua. Terima kasih pakcik. Jasamu dikenang.

Sampai kat kampus, hujan masih lagi lebat. Terpaksa la meredah hujan yang lebat 2. Habes la baju aku yang cantek ni basah kena hujan. Sampai aje kat lab, baju aku habes basah. Kawan aku pown same, same2 basah. Pakai payung macam xpakai. Masuk lab, aircond lagi pasang. Macam duk kat kutub utara dah..sejuk..kaki aku dah cramp..hoho~ Hujan2..hujan rahmat agaknya.

Lab habes kul 5. Nasib baik hujan rintik2 aje. Malam ni ade class lg. Malasnye mahu ke kelas. Tapi xbley ponteng. 6t kena buat karangan yang detail..sebab ape xdtg class. Lecturer aku strict..huhu~

entropy aku naik mendadak..

entropy=degree of disorder. tahu x entropy 2 ape?..meh cni aku bg cth..aku ade sekotak mancis..lalu aku bukak kotak mancis 2..mancis2 kat dlm 2 sume tersusun elok je kan?..2 maknanye entropy die rendah. Then aku buang kotak mancis 2 ke lantai. Sudah semestinye mancis 2 semua bertaburan, tidak tersusun elok seperti td lg..i2 bermakna entropy die tinggi. Seperti hidup aku skrg, entropy ku sgt la tinggi.

Level entropy aku sungguh tinggi minggu ni. dah minggu ke-13 pown ade lg 3 assignment yang perlu disiapkan. Proposal utk thesis akupown belom siap. Quiz lagi ade next week. Kelas ganti GGO lagi nak buat. Ape tak nye..class asyik cancel je. Pas2 dah hujung2 ni, bru sebuk2 nak ganti. Ape la nasib aku ni..

Petang ni lagi ade Lab. Aku ingat lab dah habes. Tup2, ade lagi 1. Dah la partner aku xdtg lg. Sakit katenye. Ni kali ke-3 berturut2 die xdtg. Agak2 lab report nak paksa die buat la cenggini.. Nasib baik ber3. Klu ber2, mampos aku nak buat lab sorg2.

Proposal thesis aku lagi 1 hal. Rujukan yg lpas2 kurang ade. Mane aku nak korek ni?.. ish3.. Aku harap entropy aku trun lpas ni. Sebab exam dah lg 2 minggu. Klu entropy aku masih lagi tinggi, habes la result aku. Aku nak fokus study plak ni. Pointer aku pown kurang mengancam. Kalau dapat tinggi sket sem ni..boleh lah topup2 sket..hee(^_^)

bulan mac=bulan persengketaan?

Sepanjang bulan mac ni, aku tgk byk pergaduhan timbul. tak kira la antara kawan2 rapat aku, kwn2 xrapat, kwn2 bau2 bacang..(hehe..). Benda yang sgt kecil boleh jadi tersangatla besar. Kadang2 benda yg xde kaitan pown blh ditarik2 jadikan topik utk pergaduhan.

Aku kadang2 hairan. Bulan Mac ni kenapa ramai sgt org bermusuh2an?. Knp ramai yg x dpt terima pendapat org lain, saling mengata, dan tak mahu menghulurkan kemaafan walaupun telah dipinta berulang2 kali.

Adakah bulan Mac merupakan bulan persengketaan?..kenapa semua org emo semacam je?. Aku pown jadi nak emo jgak ni.(ngee~)

Tp bulan Mac pown dah nk habes. Harap2 dgn kedatangan bulan April ni, semua org dah cool balik.. Klu musuh jd kwn, klu kwn jd shbt, klu shbt jd teman, klu teman jd ape?..(^_^)

boleh x reverse feeling kite?..

-heat engine-

alangkah bagusnya kalau kite boleh reverse perasaan kita seperti mana kita reverse proses heat engine, jadilah heat pump. Bagusnya kalau boleh reverse perasaan benci kepada sayang, reverse perasaan dengki kepada kagum dan banyak lagi.


-heat pump-


kalau hidup ini semudah i2, x adalah semua perasaan hasad dengki, saling mengutuk dan mungkin x adalah couple2 yang putus..sebab kite blh reverse perasaan kite bile2 mase je..hehe~

tp..mungkin hidup jd x menarik lg..xada warna warni. Semua hepy saje. Kite xakan blajar la plak macamana perasaannya bile kite sedih, bile dikhianati. Kita xakan bersyukur pula dengan apa yang kita ada skrg, btl x?..sape sokong aku..angkat tangan..(^_^)

mane hilang lagi rm1?..

haa..hri ni aku nak bg 1 teka teki..hehe~

Kumar nak beli buku yang berharga rm97. Die pinjam duit ngan Jefri rm50, ngan Lee Wan rm50. Sekarang die berhutang sebanyak rm100. Kumar pown pegi la kdai buku dan membeli buku tersebut. Kumar dapat baki rm3. Then Kumar bagi Jefri rm1, bagi Lee Wan rm1. Die amik lg rm1.

Jadi, sekarang Kumar hanya pinjam rm49 ngan Jefri dan rm49 ngan Lee Wan. 49+49 =98. So basically die berhutang sebanyak rm98...

Persoalannya disini..mane lg rm1?

hehe..teka teki ni sebenarnya trick aje..aku tertipu juga pada awalnya. Mane ye lg rm1?..kemana menghilangnye rm1?..Setelah pening2 kepala aku berfikir, baru aku sedar. Owh..macam 2 rupenye.. Aku tergelak sorg2 mcm org x siuman pula..ki3~

Thanks 2 Rafi sebab telah menghilangkan tension aku menyiapkan assignment dgn teka teki ni. Okay la, aku nak sambung assignment aku plak ni.. Due date dah nak dekat..(^_^)

konflik mahasiswa..

hrmm..

nak taw ape punca pelajar2 bergaduh sesama sdri?..
berdasarkan kajian aku..(ceewah..), punca plg byk ialah..
ASSIGNMENT..group assignment, ok!

setelah menjalankan beberapa siri temubual dengan teman2 rapat dan x rapat aku, tenyata assignment adalah punca berlakunya masalah hubungan sesama rakan renggang. Sebenarnya aku sendiri pernah mengalami keadaan ini. Ini terjadi apabila salah seorang ahli kumpulan tidak memberi komitmen yang baik terhadap assignment tersebut. Lebih tepat lagi, tidak memberi komitmen langsung. Tak pernah bertanya macamana progress assignmnt tersebut. Klu ada discussion, xpenah nmpak batang hidung. Pas2 tyme nak htr, sedap2 je nk masukkan nama skali. "eh, ko letak name aku skali taw".

kelapa hodak ko! (smpai tersasul aku ckp..ngeh2). nak name je. keje xnak buat. mewah tol idup ko yer.

sebenarnya klu assignment individu, aku xkesah. Lantak ko ler.. Tp ni assignmnt GROUP!
Banyak pihak yang terlibat n terbabit sma. Jgn ko nk bg janji2 kosong. Aku akan bg komitmen la. Aku akan buat keje la. HYe2 bye2 la..

ish..aku lam class ni. Stop dlu..ngee~
Lecturer dah jeling2 tu..ki3~

too excited

OMG..im too excited..dun noe which one 2 read 1st..tee hee~

hri ni aku g KL International Book Fair 2010..hehe~
byk gak aku borong..thanks 2 Sya coz sudi teman aku ke sana..ko la sahabat aku plg sejati..(cehh..tyme2 mcm ni bru ngaku shbt sejati)

hri jumaat (19hb Mar), aku ajak Pinky Lucia teman aku gi pesta buku ni. Mula2 dah ok dah. Siap janji lg kul brape nk pegi. Tp last2 x jadi lak. Almaklumlah..beliau adalah seorg yg sgt busy. Busy dgn program, busy dgn keje dan byk lg la busy. Aku mcm dah putus harapan. Aku post kat facebook, "sape nak tman aku gi pesta buku?..cpat2..". Nampaknya tak ade yg berminat. Kalau berminat pun, bagi alasan sebab banyak assignment. So xleh nak g la. Aku lg down. Aku nak pegi sgt2.

And then aku on ym..aku post lg, "sape nk teman aku gi pesta buku?". Ade yg berminat nak teman, tp next week. Aku nak pegi this week la..huhu~. Pas2 ade sorg lg nak teman aku. Tp tetibe xleh plak. Kwn die operate, so nak pegi melawat la. Dah deal ngan kengkwan yg lain. Adoii..xde harapan la aku nampaknya. Aku tension. Ape lg, tido la dulu.

Malam 2, aku dapat call dr Sya. "Oi, ko nak pegi x pesta buku?". Aku dah excited. "Mesti la nak..jom3..". "Okeyh, esok kul 10 jmpa aku kat sna." Aku double excited, triple maybe.(^_^). Akhirnya ada jgak org nk tman aku. Yahooo..yez..(lompat2)

Kul 8.30 aku naik bas dr TM..n tpat kul 10 aku smpai sna. Aku jmpa Sya n kitorg trus menuju ke PWTC. Ramai giler org. Mase 2 bru kul 10.45. Dah ramai org. Sya borong novel. Aku pown borong gak..hak3. Aku belikan mak aku buku "Yakjuj & Makjuj" karya Muhammad Alexander. Untuk aku..(hehehe)..ape lg..novel la..dalam 4 bauh kowt..(mungkin lbh..tee hee)..n 1 buku "Teach Yourself Japanese". Oppss..habes la duit blanje aku. Mungkin lpas ni aku jadi ramping?..Sbb x mkn gara2 beli buku byk sgt.ha3~~

hipokrit!

kau hipokrit!
kau talam 2 muka!
dpan aku kau ckp lain.
blakang aku kau ckp lain!
even dpan aku kau boleh switch side!
kau mmg hipokrit!
kau xde pegangan sendiri!
kau ikut org ckp aje.
kalau dlm kumpln putih,kau ckp putih.
kalau kau dlm kumpulan hitam,kau ckp hitam!
walhal kau sebenarnya sokong hitam!
please la..
kau buat aku rase nak muntah!
belah mane kau sokong?
kau memang penipu besar!
pergi jauh2..
aku xperlu kau!
kau mmg hipokrit!

..akhirnya~

ahkirnya...stlh hampir seminggu idup aku tanpa streamyx..die kembali semula..yay!
haha~

ni sume salah pencuri kabel 2..sdap2 aje curi kabel ye..smpai aku xleh on9..insaflah kamu wahai pencuri2 kabel..ngee~

hri ni aku g class sperti biasa..tp....class batal la plak..adoii..aku n the gang xtaw nk buat ape..tetibe kwn aku ajak pegi derma darah kat library..hri ni hri last katanya..

aku pown ikut aje..aku sbnrnya takut jarum..tp buat2 brani je..hua3~

smpai kat sna..

ok. timbang berat dlu. okay. pass. check darah. awak darah O ni.
dah breakfast?


da..


mkn ape?


biskut.


brape keping?

3 keping.

xckup ni. klu nak derma darah, kena mkn lbey sket. tido pukul brape smlm?

kul 3.


bgn?


kul 8.

hrmm..klu nk derma darah. tido kena lbh 5 jam.

owh..


so..aku cancel derma darah..aisshh..tgk je la kwn aku derma..byk darah..ha3~

:::hri ni baru aku taw darah aku O..ingatkan A atau B coz parents aku A n B..tp atuk aku O..ikut atuk aku la ni..hee~

nightmare!

I dun noe y but if i dream about one of my fren, lets call her Rosy. Whenever i dream of Rosy, she will become a bad person in my dream, doing horrible things to me. Sometimes she even annoys me in my dream. In fact, in real life she annoys me as well..ngee~

Last night, i dream of her again. I cant seem to get rid of that dream now. That horrible dream. She was doing something horrible to me. I hate her very much! (in my dream, lol)

But the dream seem so real. Today, I cant bring myself to talk to her. I keep thinking about that dream. oh my God..what happen to me? I cant even differentiate between a dream and a reality. dem..i hate myself!

pagi yang ceria/kelam?

Di suatu pagi yg indah, awan berarak ceria..Yuuki bersiar2 di tepi tasik. Yuuki perhatikan begitu ramai org menjalankan aktiviti di sekitar kawasan tasik. Maklumlah, hujung minggu. Ada yang datang dgn keluarga, ada yang datang bersama teman2 dan ade juga yang dtg dgn pasangan masing2, berdua2 an di bawah pondok kecil yang memang disediakan disitu.

Yuuki begitu asyik memerhatikan gelagat orang ramai sehinggakan die x sedar masa berlalu begitu pantas. "Alangkah bahagianya kalau aku ade teman sekarang. Bolehlah di ajak berbual. Sama2 menghirup udara segar ditepi tasik ni." Yuuki termenung lagi. Yuuki baru sahaja kehilangan dua insan yang disayanginya, Lisa dan Fiz. Yuuki menganggap kedua2 insan ini orang yang sangat bermakna dalam hidupnya. Yuuki terkenangkan kawan lamanya, Lisa.

Dulu Yuuki dan Lisa memang macam belangkas. Kemana2 aja pergi berdua. Disitu ada Yuuki, disitu juga ada Lisa. Sehinggakan ada teman2 yang memanggil mereka berdua sebagai kembar. Maklumlah, dua2 sama comel dan ketinggian pun lebih kurang sama. Apatah lagi perangai mereka berdua juga lebih kurang serupa. Minat dan hobi mereka juga kebanyakannya sama.

Tapi sekarang hubungan Yuuki dan Lisa sudah tidak seperti dulu. Puncanya adalah perkara yang sangat2 kecil, tetapi diperbesar2kan sehingga menjadi sesuatu yang serius. Satu perkara melarat kepada suatu perkara yang lain. Maka terbongkarlah semua rahsia dan segala salah faham dan hasad dengki yang sudah lama terbuku di hati.

Yuuki sedih mengenangkan Lisa. Yuuki sudah menganggap Lisa adalah seseorang yang dia boleh berkongsi apa saja. Susah, senang, sedih, ketawa, lapar, dahaga, semuanya dikongsi bersama. Yuuki tidak pernah terfikir yang persahabatan mereka akan berakhir dengan sungguh tragis sekali. Air mata Yuuki gugur satu persatu apabila terkenangkan Lisa. "Lisa, kenapa kite jadi macam ni ye? Apa salah aku, Lisa?". Basah lengan baju Yuuki dengan air matanya.

Pandangan Yuuki kabur. Yuuki mula mengesat sisa2 air matanya dengan hujung lengan baju. Yuuki mengalihkan pandangannya kearah tasik. Sejuk mata memandang keindahan tasik. Perasaan menjadi tenang. Yuuki mula tersenyum. Dia berazam ingin melupakan kenangan silam dan meneruskan hidup seperti biasa. Baginya, yang lepas biarlah lepas, yang dihadapan ada perkara yang lebih penting untuk difikirkan.

Sedang asyik menikmati keindahan tasik, Yuuki terpandang satu pasangan yang cukup mesra. Bergurau senda sambil bergelak ketawa. Kelihatannya sungguh bahagia sekali. Dunia bagi mereka hanya ada mereka berdua sahaja. Yuuki sedikit terkejut. Rupanya itu adalah Lisa dan pasangannya. Yuuki hanya tersenyum memandang Lisa. Baguslah Lisa sudah bahagia ada teman disisi. Yuuki memerhatikan lagi untuk memastikan siapa gerangannya yang bertuah dapat memenagi hati Lisa itu.

"Lisa dan..........Fiz??!!!". No way! This can't be happening! Lisa dan Fiz?.. Tapi Fiz cakap Fiz kena tunang dengan gadis pilihan family dia. Aku lepaskan dia sebab aku tahu dia anak yang taat kepada ibubapa. Tapi...?? Fiz dengan Lisa?..apa dah jadi ni?.

Saat itu dunia Yuuki terasa kelam. Yuuki tidak menyangka dua org yang penting dalam hidupnya sanggup mengkhianatinya. Tetiba Yuuki senyum sendiri. Bagi Yuuki, segala itu tidak penting lagi. Hidup mesti diteruskan. Mungkin dia x sesuai utk Fiz dan Fiz x sesuai utk die. Think positive.. Mungkin jodohnya adalah someone yang jauh lebih baik daripada Fiz. Lisa dan Fiz, semoga kamu berbahagia. Tak baik dendam2 ni. Kalau kawen 2, jgn lupe invite aku.