こんにちは。。
Nam Nam..nyum nyum sedapnya.
Ada sesiapa tahu apakah buah nam nam ini? Kalau kat kampung, aku panggil buah katak puru. Kenapa katak puru? Kerana disebabkan struktur kulitnya yang berkerutu seakan-akan katak puru. Jadi dia dipanggil sebagai buah katak puru.
Mak selalu marah. "Jangan panggil katak puru, panggillah namnam. Kan dah elok nama dia namnam. Ni sebut katak puru, nak makan pown x selera."
Haha. Nak buat macamana. Dari kecik lagi panggil buah katak puru. Susah gak nak tukar. Tapi InsyaAllah, boleh buat! Ok. NamNam. Sesedap Nyum2~ ^_^
Nam nam atau nama scientific nya, Cynometra cauliflora. Sedap betol dengar nama scientific namnam ni. Cynometra cauliflora. Cuba anda sebut nama ni 10 kali tanpa henti. Agak-agak berbelit x lidah? ^_^
Sekarang ni tengah musim buah namnam la ni kowt. Sebab kat rumah aku, banyak sangat buah ni. Wahh..sangat-sangat puas hati sebab dapat makan sesuka hati.haha~ Ingin mengenali buah namnam secara lebih dekat? Sila tekan DISINI.
じゃね。。
RESIPI KEK PAUN OREN
10 months ago
0 Response to "Katak Puru vs Nam Nam ^_^"
Post a Comment