Kenapa pelajar suka meniru dalam peperiksaan?

"Kenapa orang suka tiru dalam exam?"

Aku tercengang mendengar pertanyaan dari kawan aku yang sorang ni. Eh eh..kenapa plak minah ni tanya soalan macam ni? Agaknya musim peperiksaan berlangsung ni, dia cuba mencari sebab kenapa students dia suka meniru kowt. ^_^

"Hmm..sebab dia malas nak study kowt"

"Bukanlah. Cuba fikir lagi."

"Okay..sebab dia malas nak berfikir. Malas nak memenatkan fikiran nak fikir jawapan yang betul. Atau mungkin itu dah jadi tabiat dia, suka meniru."

"Nope. Try something else."

Ish..salah lagi ke? Ape ye? Hrmm..fikir lagi...

"Ermm..soalan tu susah sangat. Dia tak dapat buat sebab tak cukup latihan. Dia tak cukup masa nak study sebab dia study last minute."

Panjang lebar aku menjawab. Kalau tak betul lagi, aku tak taw la.

"Salah. Bukan itu jawapannya."

"Alaa..cakap je la. Aku dah malas dah nak fikir. Dari tadi aku teka, tak jugak betul."

Aku dah mula fed up ni. Jawapan aku punyalah panjang lebar lagi bernas. Tapi tak jugak mematuhi skema jawapan dia.

" Okaylah..Aku cakap la.. Sebab nya.......kat kertas soalan tu, die tulis..."LIHAT SEBELAH". So, semua orang lihat la sebelah dia. Lihat kawan sebelah. Lihat sebelah kiri, lihat sebelah kanan, lihat sebelah depan, lihat sebelah belakang.."

Cess..kurang asam punya kawan. Aku kena tipu rupanya. Main-main pulak minah ni. Aku ingat betul la soalan dia serius tadi. Rupanya dia main-main je la. Tapi aku tak marah. Sebab sekurang-kurangnya dia buat aku gelak..Hahahaha~~~ rasa macam nak guling-guling gelak sekarang ni..(@_@)

4 Response to "Kenapa pelajar suka meniru dalam peperiksaan?"

  1. FarHa says:
    March 3, 2011 at 5:10 PM

    hahhaa comel jawapan~

  2. piNky LuCiA says:
    March 3, 2011 at 11:56 PM

    hahaha, frust je jawapan.. hahaa

  3. Adzriel AB says:
    March 4, 2011 at 10:30 AM

    he..he... terkena ye..

  4. hana devushka says:
    March 5, 2011 at 12:18 PM

    mmg terkena habes..^_^
    tapi seronok gak dapat gelak..hahaha~~