Bilakah kali terakhir anda menitiskan air mata? Aku? Hmm..Mungkin 3 hari lepas. Ketika aku sedang membaca comic. Jangan sangka comic semuanya kelakar2 je. Comic pown boleh menyebabkan air mata anda menitis. Aku manja? Owh, tidak. Aku bukan manja. Cuma cepat tersentuh hati sahaja..^_^ ngee~~
Apakah perkara yang boleh menyebabkan anda menitiskan air mata yang begitu berharga itu? Kebanyakannya berkaitan dengan emosi kita sendiri. Disini aku senaraikan beberapa perkara yang menyebabkan air mata aku sendiri menitis, atau mungkin kamu juga..:
1. Sedih
sedih. Kebanyakan semua orang akan menangis bila mereka sedih. Tapi tak dinafikan ada juga yang memendam perasaan. Tak mahu orang fikir mereka lemah. jadi mereka sembunyikan tangisan mereka.
2. Terharu
Kadang-kadang, bila kita terharu..air mata kita pun akan menitis dengan sendirinya. Contohnya terharu apabila ibu memberikan hadiah hari jadi. Atau sekadar memberikan ciuman di pipi buat kamu. Well..itu pada diri aku. Mungkin setiap orang berbeza. Terharu dengan cara mereka tersendiri.^_^
3. Gembira
Jangan sangka orang gembira tak menitiskan air mata. Mungkin mereka terlalu gembira sehingga menitiskan air mata. Itulah yang kita namakan air mata kegembiraan. Aku pernah jugak menitiskan air mata kegembiraan ini. Sewaktu aku dapat 5A UPSR..haha~~ Itu cerita lama. Cerita baru? Biar ia disitu..^_^
4. Putus cinta
Bila kita putus cinta, menangis bagai nak rak. Makan tak lalu, tidur tak lena. Mandi tak terasa basahnya. Mata dah jadi macam panda akibat terlalu banyak menangis. Sedangkan si dia sedang seronok2 bersama yang lain. Kenapa tak kita je cari yang lain? Kalau dia tak nak, mesti ramai lagi yang suka kita. Tak gitu? Hargai diri sendiri terlebih dahulu. Lepas tu, baru orang akan hargai kita pula.
5. Mayang bawang
Hahaha..ini semestinya berlaku pada hampir semua orang. Dalam filem pown kadang-kadang banyak kita tengok watak didalamnya menitiskan air mata disebabkan hal ini. Yang ni bukan disebabkan emosi kita. Cuma mata pedih dek terkena bawang..
Itu saja yang dapat aku senaraikan buat masa ini.. Kamu pun ada juga?..Boleh je kongsi..(^_^)
March 8, 2011 at 7:28 AM
bergaduh ngan pakwe. hahahaha
March 8, 2011 at 12:47 PM
haha..nangis jugak ye?..nanti gaduh ngan tunang, pas2 gaduh ngan suami..jgn gaduh dgn duda sudah..haha~
March 9, 2011 at 12:34 PM
aku baca komik one piece pun kdg2 menangis..
yeah bkn manja ;D
March 9, 2011 at 2:12 PM
Raji: one piece..dah lama x tgk anime 2..(^_^)