Orang kedekut selalu rugi!

tuutt tutt..tutt tuutt...bunyi sms.

"Mak gi rumah atuk. Pokok mangga sungguh lebat............daunnya. Buah tak nampak 1 biji pown"

sms dari mak rupanya. pelik. Hari tu aku pergi umah atuk, bukan main lebat lagi bunganya. Takkan sebiji pown x ada buahnya. Aku pown mula ligat menekan keypad hp. Nak reply sms mak..

"Pokok mangga tu merajuk la agaknya. Tahun lepas makan sorang-sorang. Tahun ni merajuk la pohon mangga tu.."

Entry ni langsung tak ada kena mengena dengan pokok dan buah mangga. Mungkin ada. Tapi aku tak nak cerita kat sini.^_^

"Tidak akan pernah berkurang harta seseorang yang disedekahkan di jalan Allah s.w.t, malahan harta itu akan bertambah, bertambah dan terus bertambah. Kerana sedekah yang iklhas adalah pembuka pintu rezeki, penolak bala, dan penyubur pahala."

Orang kata, kalau kita kuat bersedekah, harta kita akan tumbuh subur. Jadi, kalau kita nak kaya..mesti la banyak bersedekah..macam tu ke?^_^

Orang kata, orang tamak selalu rugi. Kalau semua kita nak kebas, lama-kelamaan orang pown benci. Mula-mula meluat tengok..lama-lama tak suka..lepas tu benci plak. Macam cerita Pak Pandir. Semua majlis kenduri dia nak pergi. Akhirnya, 1 sudu gulai pown x dapat rasa. Apatah lagi nak makan. Itulah contoh terdekat bagi orang yang tamak. Orang tamak selalu rugi. Itu orang tamak. Macamana dengan orang kedekut pula?

Kita mesti ingat..kalau kita kedekut dengan orang, orang lagi kedekut dengan kita. Jangan barang orang kita nak, barang kita tak nak kongsi. Memanglah susah nak kikis sifat kedekut tu, tapi belum cuba belum tahu, kan?.. Cuba sedikit demi sedikit untuk ubah sikap kita. Sedikit-sedikit lama lama jadi bukit.

Dalam Alquran juga di sebut tentang sifat bakhil ni. Surah Ali Imran, ayat 180, yang bermaksud.. "Sekali-kali janganlah orang-orang yang bakhil dengan harta yang Allah berikan kepada mereka dari karunia-Nya menyangka, bahwa kebakhilan itu baik bagi mereka. Sebenarnya kebakhilan itu adalah buruk bagi mereka. Harta yang mereka bakhilkan itu akan dikalungkan kelak di lehernya di hari kiamat. Dan kepunyaaan Allah-lah segala warisan (yang ada) di langit dan di bumi. Dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan."
(QS. 3:180)

Kita semua sudah dikurniakan akal dan fikiran. Sama-samalah kita fikir sendiri baik buruk semua benda sebelum bertindak. Berfikir sebelum bertindak. Jangan sampai nasi jadi bubur sudah..

6 Response to "Orang kedekut selalu rugi!"

  1. piNky LuCiA says:
    March 5, 2011 at 6:49 PM

    wah.. bgusnya cikgu siti.. kan bagus kalau cikgu cakap kat opah macam tu. kekkeke

  2. hana devushka says:
    March 6, 2011 at 1:57 PM

    owh..i slalu ckp kat die...dlm hati..hahaha~
    u la ckp..u kan ustzah..lancar n petah bercakap..haha~

  3. piNky LuCiA says:
    March 6, 2011 at 1:58 PM

    u cakap dalam hati buat apa..

    i nak cakap, mak sll aje marah. tapi sampai masa nnt, i akan basuh opah u. u jangan laa marah plak. haha

  4. hana devushka says:
    March 7, 2011 at 10:07 AM

    u dari dlu lg duk ckp nak basuh, nak basuh..x jgak bersih2..ngee~~

  5. Raji and Yeen says:
    March 9, 2011 at 12:36 PM

    owh bgus entry nih
    buat ak tersedar
    lepas nih inshaAllah sdkit demi sdikit buang sifat kdekut tuh
    hak2

  6. hana devushka says:
    March 9, 2011 at 2:10 PM

    Raji: Bagus-bagus..Bak kata ustaz aku..Ada penigkatan..ngee~