Cantik? Siapa yang tentukan?

Anda rasa anda cantik? Kalau anda rasa cantik, memang terbukti bahawa anda cantik. Anda rasa anda tak menarik? Mungkin anda sudah cukup menarik pada pandangan orang lain. Cuma anda yang kurang keyakinan diri. Cantik itu subjektif. Mungkin anda cantik di mata si A. Bagi si A, kamu la segala-galanya. Perempuan yang cukup sempurna bagi dirinya. Tapi mungkin anda tidak akan mampu menawan hati si B.

Mungkin teman lelaki kamu sangat handsome di mata kamu. Tapi bagi orang lain, mungkin sebelah mata pun mereka tak pandang. Atau mungkin kamu sangat tak berkenan dengan girlfriend abang kamu. Bagi kamu dia sangat menyampah, muka tak cantik, pipi tersorong-sorong. Kamu selalu pening memikirkan mengapa dan bagaimana abang kamu boleh terpikat dengan gadis sedemikian rupa. Tapi apa yang kamu mungkin tak tahu adalah, mungkin gadis tersebut sangat sempurna di mata abang kamu. Mungkin bagi abang kamu, dia lah segala-galanya. Dialah intan, dialah permata.

Cantik juga bukan hanya pada rupa. Tapi cantik juga lahir dari dalam. Kecantikan dalaman sebenarnya lebih menarik dan cantik bagi semua orang. Pada pandangan pertama, kamu mungkin terpikat dengan rupanya. Tetapi apabila kamu mengenalinya dengan lebih dekat, kamu akan terpikat dengan sikap dan sifatnya pula. Apabila dalaman kamu cantik, ia akan menyerlah pada luaran kamu. Kamu mungkin akan kelihatan lebih menarik daripada ratu cantik dunia, walaupun muka kamu tak setanding kecantikannya.

Kecantikan abadi lahir dari hati yang suci!~

Opps~~ mahu pulang bercuti di rumah. Satu minggu tu..hehe.. Kumpul sama family ramai-ramai.. Makan-makan.. Jadi selama satu minggu mungkin tak update blog..ngee~~
-Rindu sama ayah, mak, kak, abang, nur, mah, amin..huhu~

7 Response to "Cantik? Siapa yang tentukan?"

  1. piNky LuCiA says:
    March 11, 2011 at 8:15 AM

    abg wan sangat comey.. bukan hensem. haha.

    rindu kamu juga....

  2. Liza @ Adzriel AB says:
    March 19, 2011 at 11:03 AM

    setuju sangat

    http://adzriel.blogspot.com/2011/03/setiap-kelebihan-ada-kekurangannya.html

  3. hana devushka says:
    March 20, 2011 at 2:09 PM

    pinky lucia: comel? tang mana tu?..haha~
    hanya kamu nyg melihatnya..(^_^)

  4. hana devushka says:
    March 20, 2011 at 2:09 PM

    adzriel AB: dua kali setuju..^_^

  5. Liza @ Adzriel AB says:
    March 20, 2011 at 2:22 PM

    ha..ha..sangat setuju. tQ dear for visit me..

  6. hana devushka says:
    March 21, 2011 at 10:44 AM

    ur welcome..^_^

  7. piNky LuCiA says:
    March 26, 2011 at 7:52 AM

    comey... tang mana.. ntah.. yang penting, comey.. hahaha. nak2 dia buat mulut tunjuk gg taring saje.. hahaha. gelak3..