Prince Charming

Pernah tak orang tanya anda, "Apa ciri-ciri lelaki idaman kamu?". Pernah tak? Pernah?..Tak pernah?..Elee..tipu la kalau tak pernah. Mesti kawan-kawan atau secret admire anda pernah bertanya soalan ini. "Kau suka lelaki yang macamana ek?" ataupun ia mungkin berbunyi seperti.."Kalau kau nak kahwin nanti, kamu nak cari suami yang macamana? Kacak? Kaya? Atau budi bahasa yang penting?". Well..pastinya anda semua ada jawapan masing-masing.

Ada sesetengah orang prefer yang handsome..ada pulak yang lebih mementingkan budi bahasa daripada paras rupa. Mungkin anda pernah pergi majlis kahwin dan anda terkomen pasangan tersebut, "Kenapa laki dia putih, handsome lagi..tapi isteri dia.." ataupun " Mak oii cantiknya pompuan tu..macam anak patung..Macamana dia boleh bekenan dekat laki 2 ar?"..Itu semua jodoh masing-masing. Bersyukur dengan apa yang ada. Orang kata, hati mau baik ma..

Atau mungkin sesetengah orang lebih mementingkan harta kekayaan yang melimpah ruah. "Macamana nak hidup kalau duit tak ada?", "Cinta bukannya boleh makan.", "Memanglah duit tak boleh beli semua benda, tapi semua benda perlukan duit."..Itu adalah ayat-ayat yang biasa anda dengar. Mungkin ada benarnya juga pendapat masing-masing. Tapi kita sendiri dah besar panjang. Dah boleh fikir baik buruknya sesuatu benda itu sendiri. Ada otak, fikir sendiri.

Bagi aku?..Erm.. Kalau aku..prince charming aku mestilah..
1. Aku hormat padanya.
aku mesti la nak lelaki yang boleh aku hormati. Dia tak semestinya di hormati oleh semua orang, tapi yang penting aku sendiri ada perasaan hormat kepada dia. Bagi aku, perasaan hormat tu mesti ada. Barulah rumah tangga aman damai dan harmoni. Tapi hormat bukan bererti kita takut pada dia. Kalau takut, tu dah jadi lain dah tu..

2. Boleh memimpin.
Ni ciri-ciri yang penting juga. Ye la..nama dah lelaki. Mesti la boleh memimpin isteri dan anak-anak ke jalan yang diredhai oleh Allah. Sekurang-kurangnya boleh jadi imam kat dalam rumah. Aku ni jenis yang confuse bila sampai masa nak buat keputusan. Sekurang-kurangnya dia boleh jadi penasihat untuk aku..ngeh3~

3. Hati mau baik.
Dia mesti hormat orang tua. Ramah pun boleh juga. Disebabkan aku ni bukannya seorang yang peramah, takkan la aku nak cari teman sehidup yang pendiam macam aku..Siap-siap cengkerik pown berbunyi dalanm rumah..haha~

Kalu nak senaraikan semuanya kat sini, bulan depan pown tak habes lagi. Memanglah tak akan habis. Dah namanya prince charming..mestilah banyak..haha~ Tapi tak semestinya kita dapat semua yang kita inginkan. Mungkin future life partner kita tak sempurna, tapi kita mesti bersyukur apa yang ada. Kita mesti pandai menghargai, bertolak ansur, serta bertimbang rasa. (^_^)

Sekian sahaja untuk hari ni..
じゃね。。

0 Response to "Prince Charming"