Jika sesiapa bertanya, "Siapakah idola anda?". Pasti aku akan menjawab dengan sebegitu pantas dan bersemangat, "Of course, my parents." Dan dengan senyuman yang melebar, penuh kebanggaan. Ibubapaku mungkin tidak berjaya seperti ibubapa orang lain, mungkin tak sekaya ibubapa kamu, mungkin tak sepintar ibubapa anda, atau mungkin tak berharta seperti ibubapa orang lain. Tetapi mak dan ayah aku tetap the best. Mereka lah idola aku. Kenapa aku cakap macam tu? Apakah alasan yang begitu kukuh yang meyakinkan dan menetapkan pendirian aku bahawa idola aku adalah ibubapa ku?
Ibubapaku walaupun bukan orang kaya, tetapi mereka mampu tanggung kami adik beradik masuk universiti tanpa perlu mengambil pinjaman PTPTN. Tak percaya? Mahu tanya apakah pekerjaan ibubapaku? Ayahku seorang petani, manakala ibuku seorang surirumah sepenuh masa. Persoalannya, bagaimanakah ibubapaku mampu menanggungku adik beradik sampai tamat belajar di universiti? Adakah sampai tergadai tanah sawah sebendang? Atau adakah ayahku tidak tidur malam bekerja mencari wang?
Oh tidak! Mestilah tidak. Mereka tidur seperti orang lain. Bangun seperti orang lain. Dan menjalani hidup seharian seperti orang lain juga. Jadi, apakah caranya mereka mampu berbuat sedemikian. Adakah terdapat rahsia disebaliknya?
Kalau kamu tanya mereka, pasti mereka akan menjawab..Itu semua rezeki dari Allah. Alhamdulillah syukur dengan rezeki yang dikurniakan olehNya. Jika kamu tanya aku, pasti aku pun tidak mempunyai jawapannya. Apatah lagi mahu menghuraikan rahsia-rahsia yang mungkin tidak wujud.
Mak dan ayah aku juga sudah menunaikan haji pada umur mereka 40-an, walaupun kesemua anak masih lagi bersekolah. Juga telah pergi mengerjakan umrah beberapa tahun selepas itu. Malah mampu membawa adik bongsukunpergi bersama.
Apa yang aku ingin katakan disini ialah, PENGURUSAN KEWANGAN. Bagi aku, ibubapaku amat bijak dalam menguruskan kewangan mereka. Buktinya adalah seperti yang aku katakan diatas. Jadi aku mahu menjadi seperti mereka. Bukan maksud aku mencari pekerjaan seperti mereka, tetapi bijak menguruskan kewangan seperti mereka. Walaupun hidup tidak mewah, tapi masih mampu menjalani hidup ini dengan lancar dan sempurna.
Tapi bukanlah hanya kerana mereka bijak dalam menguruskan kewangan, aku menjadikan ibubapaku sebagai idola. Tetapi disebabkan aku bersyukur kerana keluargaku adalah sebuah keluarga yang bahagia. Saling mengambil berat dan sayang-menyayangi. (^_^)
..RUMAHKU SYURGAKU..

March 23, 2011 at 2:13 PM
WAH... Terasa mahu pulang ke rumah sekarang. huhu.
March 24, 2011 at 2:17 PM
sila beli tiket dan pulang sekarang..huhu~
March 26, 2011 at 7:50 AM
hahahaha. weyh.. bulan 3 baru je balik. balik bulan 4 lak.. sem akhir ni tiap2 bulan balik tahu???
March 27, 2011 at 2:10 PM
bgus la kalau mcm 2..huhu~