one more to go~~~

yay!
dah habes paper thermo..
pasni ade 1 lagi paper, 4th may!

tapi

aku xnak study lagi..
aku nak siapkan proposal thesis dulu..
ade kena edit sikit lagi..

okay.
esok aku study.
hehe..(^_^)

i love..Thermodynamics!~


THERMODYNAMICS


pertama kali dengar nama THERMODYNAMICS, seram sejuk gak aku. Biar betol. Aku kena amik subjek thermodynamics ni. Bunyi nama die aje dah buat aku seriau. Ape agaknye antara isi-isi pelajaran dalam subjek thermodynamics ni? Ini buat aku runsing.

Tapi bak kata orang, kalau tak kenal maka tak cinta. Ini kata orang, bukan kata aku. Aku no comment sebab tak kaji lagi bab ni.ha3~ Mula-mula masuk kelas, aku pandang sekeliling. Bilang-bilang pelajar yang hadir untuk subjek ni. 1..2..3..4.. 4 orang? biar betol? 4 orang je? ha3..4 orang je yang amik subjek ni?? Sebenarnya aku dah tahu ada 4 orang je yang amik subjek ni. Tapi aku pura-pura terkejut. Siap buat-buat mata terbeliak.(0_0)

So, kalau dah dalam kelas ada 4 orang je..lecturer pun akan bagi perhatian lebih terhadap pelajar-pelajar kesayangan beliau. Outcome nya, subjek ini la yang paling aku suka dalam semester ni. Bukan sahaja ada 4 orang je dalam kelas, tapi kaedah pengajaran lecturer ku juga membuatkan isi-isi penting melekat dalam kepala aku. Bila lecturer bagi assignment, rase happy plak nak siapkan(hehe..agak tipu 30.1%)

Tanggal 30hb April 2010, iaitu hari jumaat ni..paper thermodynamics aku!~~ Yahuu..(pura2 bahagia)..Aku harap okay la subjek thermo aku ni. Cahaya A tu terbayang-bayang kat mata hitam aku ni. Aku harap bukan bayang-bayang je yang aku dapat nanti..ngee~

Okay..aku nak study THERMODYNAMICS ni..siap buat capslock lagi tu. Ini membuktikan bahawa aku in full mode nak study subjek kesayangan aku ni. Ganbarimasu!~~

eXam..ExAm..ExaM!



dri kecik sampai besar,

hidup kite ni penuh dgn exam..
dari darjah 1 sampai la masuk universiti,

exam x habes2..

bile la nk habes exam ni?


oppss..

ape yg aku membebel ni?

aku nk lari blh?

nk lari dr exam!


paper Vibration, Wave & Optics aku td..

rase mcm hancus je..

ni la subjek yg paling aku x suke sem ni..

knp aku xsuke?
knp?
.
.

.
sebab..

class asyik batal!

nak dekat minggu2 last,
syllybus byk lg x cover..

so sume rushing2
last2
aku yg x paham!

ape la markah yg aku dapat subjek ni ye?
hrp2 ok ler..
sob2..(T_T)

not so..gorgeous~



thanks to Budak Lelaki Sebelah Pintu atau pun lebih tepat lagi, Hizami for this award~
gorgeous ke aku?
rase mcm x..(hehe)..
nway..
ni 1st tyme aku dpat ape2 award..
maklumlah..
jagung pown xmasak lg..(^_^)

tp klu bagi aku bunga betol2 mcm pic kat atas ni..
lagi bagus..ngee~

Hizami 234 Epy Besday Kontest.


Entry ni adalah sempena bzday kawan atau teman atau sahabat atau lebih tepat lagi coursemate aku, Hizami. Sila klik aje name Hizami untuk ke blog beliau..(^_^). Bzday beliau jatuh pada 23hb April..23/4..234..nice number kan?..(^_^)

Sebenarnya ni la 1st tyme aku join contest. Kawan aku Hizami ni plak, 1st tyme anjurkan contest. So same2 1st la..hee~ Saje2 nak try. X pepenah join, nak gak join contest sekali dlm seumur idup ni.. Jadi kalau sesape yang berminat nak join contest ni..Sila la klik disini. Tarikh tutup contest ni,pada jam 11.59 mlm 30hb april 2010. Hadiahnye jugak agak lumayan..hee~
So sesape yang rase nk join 2, cepat2 la..sementara masih Hot n Spicy..(^_^)

Kay la..nak wish la sket kat bzday boy kite ni..
  • Wishing you the happiest of bzdays.
  • Hope your bzday blossoms into lots of dreams come true!
  • May today be filled with sunshine and smiles, laughter and love.
  • Always remember..you're older today than yesterday but younger than tomorrow, Hepy Bzday!
  • And lastly..Have a wonderful day and fabulous year.
..dan seperti biase..wish bzday aku kat yg same je tiap2 tahun..
-semoga panjang umur, murah rezeki dan bertambah keimanan-

Dan..sebagai bonus tahun yg last aku sambut bzday Hizami ditempat yang sama(ha3~)..aku dedikasi kan video yang x seberapa nak bagus ni untuk Hizami..
saengil chukha hamnida..Njoy~



video

thank u UMI for all hardship 21 yrs ago

aku ade sorg kwan. kawan yg sgt sweet. manis mcm gula2..(^_^)..2 hari lepas, kwan aku ni smbut bzday die yg ke 21.

aku bukan nk ucap hepy bzday dkat die kat sni. Cume nk cerita mcmn die smbut bzday die. Unique. Aku pown xpenah terfikir nak buat mcm 2. Sangat2 la terharu.

biase org belikan kek utk kite tyme bzday kan? Tp kwn aku ni, die belikan kek utk mak die. Kat atas kek tu tertulis, "Thank u for ur hardship 21 years ago,Umi -along".


waah..sejuk perut ibu mengandung. Mesti Umi die rase sgt bertuah dpt anak mcm kwn aku ni. Ingat jasa dan pengorbanan ibu membesarkan kite.

Okay..lpas ni, jom kite pakat beli kek utk mak tyme bzday 6t..hehe~

sedapnye jeruk mangga..nyum3~

hri ni mak sms..
"buah mangga tengah lebat kat umah ni. Nak makan jeruk tak? Kalau nak mak nak jeruk ni. Simpan makan bulan 5 nanti"

sob2..terharu aku..ingat jugak mak dekat anak kesayangan die ni. Siap nak buat jeruk mangga lagi untuk aku. Ni tak sabar2 nak balik ni. Lambatnye bulan 5. Lambatnye exam habis.

Malam ni confirm aku mimpi jeruk mangga..huhu~

dari khamis jadi sabtu

hari khamis lepas, aku berjalan lenggang2 kangkung bersama sahabat sehati sejiwa aku ke bilik lecturer untuk subjek GGO aku. Sebab ape?. Sebab nya, lecturer tu nak bagi take home quiz untuk kitorang. Ni kira assignment last la. Tapi one day je. Patut nya amik hri khamis, hantar hari jumaat.

Lagi 10 meter aku nak smpai blik lecturer, terserempak la ngan classmate aku. Die ckp take home quiz tu tak jadi hari ni. Amik esok plak. Pas2 hantar hari sabtu.

Dan...hri ni...aku nak pergi amik soalan tu..Lecturer cakap amik esok plak dah..hantar hari ahad..

Agak-agak la..klu aku gi amik esok, btol2 ade ke soalan tu?..Entah2 esok aku pergi die ckp macam ni ha.."awak datang amik esok la. Hri isnin hantar." Adoii..kalau betol2 la macam 2..aku terus xpergi amik..biar hilang 5markah!

-susah senang-

SENANG
senangnya kita lupakan jasa orang
senangnya kita abaikan orang
senangnya kita khianati orang
senangnya kita berbuat kemungkaran
senangnya kita meninggalkan kebaikan

tapi..

SUSAH
susahnya kita membalas jasa orang
susahnya kita setia pada seseorang
susahnya kita melakukan kebaikan
susahnya kita meninggalkan kemungkaran
susahnya kita mahu menghalang kemungkaran

kenapa?

NevEr minD~


Keep yelling.
I don't care.
You'll stop when your throat hurt.
But, could you please stop for a second?.
And think back what have you done.
Think of what you have cause everyone else to go through.
Think of it, will you?
You never consider such a thing, do you?
I had enough of you.
Bye bye.

meja VIP, layanan hampeh!

teringat aku pada satu kejadian yang berlaku lebih kurang setahun yang lalu. Masa tu aku n family pegi la kenduri kawen keluarga terdekat aku. Family aku belah lelaki. So kitorg pown berangkat la menaiki beberapa buah kereta. Sampai sna, macam biasa la. Angkat dulang hantaran. Berarak sket. Pas2 ada kompang sambut. Macam kenduri biasa la.

Ok. Lpas dah selesai sume majlis 2, kitorg pun dijemput la makan. Masuk je dlm khemah, aku tgk meja utk rombongan pihak lelaki diasingkan daripada meja org ramai yang berkunjung. Meja utk rombongan adalh meja bulat dan meja utk org ramai yang berkunjung adalah meja yang panjang. Atas meja kitorg dah tersedia lauk2nye sume. Macam2 lauk yang tersedia. Ada ayam percik, udang, sotong..Semua lengkap la. Nasi je x ada.

tunggu punya tunggu, nasi x sampai2.. Meja utk parents pengantin aje yg dihidangkan nasi. Meja lain x ade. Aku naik heran. Meja dah ala2 VIP. Very Important Person la katakan.. Tp xde pulak org tlg layan. Pinggan nak letak nasi pown xnmpak batang hidungnye. Semua org dah lapar. Dahaga apatah lagi. Tengahari terik ni makcik oii.. Kurang2 hidang la air. Semua dah bising2. Ape ni?..Nak buat kenduri ke nak buat party?

Last2 kitorg kena cri sdri nasi nye. Air pown x disediakan. Setelah melilau2 mencari nasi. Dapat la nasi minyak 2. TAPI..xcukup plak..adik aku dapat sket je. ciput je. Alahai. Nasi pown xckp ni. Nasi mentah ke ape? Nak sruh kitorg mkn pasir ke?


Akhirnye kitorg sempat habeskan lauk dlu. . Bru nasi smpai..Xtahan lapar la katakan. Hrmm..aku rase benda macam ni xpatut jd. Klu malas nk layan sgt, buat je mkn selerak..blh semua mkn amik sdri. xyah susah2 buat meja ala2 VIP bagai. Last2 dri sdri malu. Ramai pulak org buat dosa. Sbb duk mengata layanan mcm hampeh..!

Benci2 jd syg


Masihkah kau ingat? Suatu ketika dulu. Aku benci kau. Bile nampak aje muka kau. Aku nak muntah. Perasaan benci aku menjadi-jadi. Hari demi hari. Aku yakin aku bukan puncanya. Bila kita bertemu saja, kau mengata aku bukan-bukan. Kau malukan aku depan kawan-kawan. Kau ckp aku tergila-gila kan kau. Ehh..aku masih waras lagi la. Aku masih ada otak utk berfikir. Aku bukan desperate nak org macam kau.

Masihkah kau ingat? Suatu masa dahulu. Kau menyampah tgk aku. Aku tahu. Buktinya kau selalu sakitkan hati aku. Kau selalu hiris hati aku. Hati aku berdarah. Membuak-buak. Kau x tahu. Kau xpenah amik kisah. Kau memang hati beku.

Masihkah kau ingat? Pada satu ketika dulu. Ketika semua org berpaling padaku. Kau masih disitu. Kau pandang aku. Kau datang dekat aku. Kau pegang tangan aku. Kata kau, "x ape. aku masih ada disni menemani kamu."

Masihkah kau ingat? Suatu saat dulu. Kau berdiri di sebelahku. Kau tetap disitu. Walaupun semua yang lain sudah meninggalkan aku. Tahukah engkau pada ketika itu, akulah manusia yang paling bertuah dimuka bumi ini. Baru ku sedar. Kau memang teman sejati.

Kini ku tahu. Kau memang sayang padaku. Semua kebencian itu sengaja direka-reka. Supaya kau dekat dengan ku. Sekarang aku xkisah semua itu. Asalkan kau berada disni, disampingku.

Timun Cina


Tgh2 bersantai di billik dikala matahari panas terik ni, tetibe aku tebayangkan tembikai. Aku pown type la kat google "tembikai". Cari image2 yg ade. Xthn btol tgk gmbr2 tembikai ni sume. Dah meleleh air liur aku ni..huhu~

Tembikai ini dipanggil sebagai Timun Cina di pantai timur. Atau nama botani nye Citrullus Lanatus.

Sedapnye kalau boleh makan tembikai tengah2 hri yang panas ni..Terasa sejuk tekak dan badan. Nikmatnye.. Sape la nk bagi aku mkn tembikai ni?.. Mana la taw tetibe ade org ketuk pin2 rumah nk bg tembikai. Baik nye hati org 2..hee~

Asyik sedap aje mkn tembikai ni, pernah x kite terfikir ape khasiat tembikai ni? Pasti la banyak khasiatnye. Nama dah buah. Buah ape pown ade khasiat. Even "buah hati" pown ade khasiatnye..ngee~

Tembikai ni ade 6% gula dan 94% air. Wow~banyak btol kandungan airnye..hehe..kure2 dlm perahu pula. Kalau dapat minum jus tembikai pown best jgak ni. Waahh..xtahan btol..nak balik umah..nak blik umah..!!

Tembikai mmg byk khasiat die. Meh aku senaraikan sket khasiat die.

  1. fights heart disease.
  2. reduces the risk of cancer.
  3. good source of vitamins and minerals.
  4. energy production

Aku xpenah taw plak tembikai boleh mengurangkan risiko kanser. Lpas ni aku nk mkn byk2 la tembikai. Mkan smpai kembong perut. Penuh dgn air..tee hee~

yay!

yay! sudah masuk 1April..maknanya dah masuk bulan baru. Sempena bulan bru, hari baru ni..harap2 semua persengketaan dapat dihentikan. Bawak2 la bertenang. Tapi jgn pulak main "april fool". 6t x pasal2 ade plak topik baru utk memulakan pergaduhan.

Aku rase lega sket skrg. Sebabnya proposal thesis aku yg sepatutnya kena hantar hri jumaat ni dah ditangguhkan. Hantar selasa next week plak. Harap2 semua berjalan lancar. Tp isnin dpan aku kena hantar assignment thermodynamics. Hari selasa plak ade quiz GGO. Hri khamis plak kena hantar assignment techno..huhu~ Bru aje nak rase lega sket, dah runsing balik. Esp GGO. Aku runsing ngan quiz GGO ni. Mane x nye, lecturer 2 mengajar macam ckp ngan org yg kat dpan2 aje. Dah la kelas bising macam pasar. Xpenah lg aku masuk class mcm 2. Huishh..makin runsing aku.

Hri jumaat ni aku kena daftar kursus plak. Nak kena susun jadual lg.ish3~ Skrg ni aku xtaw nak pilih yg mane 1 ni. Nak amik teori nombor, kaedah berangka atau pembolehubah kompleks?..Yg mane lg senang ye? Yg mane lg senang nk score?..Nampaknye aku kena survey2 ni.

1 benda yg pasti, exam dah dekat. Study xsempat2..hee~