pagi yang ceria/kelam?

Di suatu pagi yg indah, awan berarak ceria..Yuuki bersiar2 di tepi tasik. Yuuki perhatikan begitu ramai org menjalankan aktiviti di sekitar kawasan tasik. Maklumlah, hujung minggu. Ada yang datang dgn keluarga, ada yang datang bersama teman2 dan ade juga yang dtg dgn pasangan masing2, berdua2 an di bawah pondok kecil yang memang disediakan disitu.

Yuuki begitu asyik memerhatikan gelagat orang ramai sehinggakan die x sedar masa berlalu begitu pantas. "Alangkah bahagianya kalau aku ade teman sekarang. Bolehlah di ajak berbual. Sama2 menghirup udara segar ditepi tasik ni." Yuuki termenung lagi. Yuuki baru sahaja kehilangan dua insan yang disayanginya, Lisa dan Fiz. Yuuki menganggap kedua2 insan ini orang yang sangat bermakna dalam hidupnya. Yuuki terkenangkan kawan lamanya, Lisa.

Dulu Yuuki dan Lisa memang macam belangkas. Kemana2 aja pergi berdua. Disitu ada Yuuki, disitu juga ada Lisa. Sehinggakan ada teman2 yang memanggil mereka berdua sebagai kembar. Maklumlah, dua2 sama comel dan ketinggian pun lebih kurang sama. Apatah lagi perangai mereka berdua juga lebih kurang serupa. Minat dan hobi mereka juga kebanyakannya sama.

Tapi sekarang hubungan Yuuki dan Lisa sudah tidak seperti dulu. Puncanya adalah perkara yang sangat2 kecil, tetapi diperbesar2kan sehingga menjadi sesuatu yang serius. Satu perkara melarat kepada suatu perkara yang lain. Maka terbongkarlah semua rahsia dan segala salah faham dan hasad dengki yang sudah lama terbuku di hati.

Yuuki sedih mengenangkan Lisa. Yuuki sudah menganggap Lisa adalah seseorang yang dia boleh berkongsi apa saja. Susah, senang, sedih, ketawa, lapar, dahaga, semuanya dikongsi bersama. Yuuki tidak pernah terfikir yang persahabatan mereka akan berakhir dengan sungguh tragis sekali. Air mata Yuuki gugur satu persatu apabila terkenangkan Lisa. "Lisa, kenapa kite jadi macam ni ye? Apa salah aku, Lisa?". Basah lengan baju Yuuki dengan air matanya.

Pandangan Yuuki kabur. Yuuki mula mengesat sisa2 air matanya dengan hujung lengan baju. Yuuki mengalihkan pandangannya kearah tasik. Sejuk mata memandang keindahan tasik. Perasaan menjadi tenang. Yuuki mula tersenyum. Dia berazam ingin melupakan kenangan silam dan meneruskan hidup seperti biasa. Baginya, yang lepas biarlah lepas, yang dihadapan ada perkara yang lebih penting untuk difikirkan.

Sedang asyik menikmati keindahan tasik, Yuuki terpandang satu pasangan yang cukup mesra. Bergurau senda sambil bergelak ketawa. Kelihatannya sungguh bahagia sekali. Dunia bagi mereka hanya ada mereka berdua sahaja. Yuuki sedikit terkejut. Rupanya itu adalah Lisa dan pasangannya. Yuuki hanya tersenyum memandang Lisa. Baguslah Lisa sudah bahagia ada teman disisi. Yuuki memerhatikan lagi untuk memastikan siapa gerangannya yang bertuah dapat memenagi hati Lisa itu.

"Lisa dan..........Fiz??!!!". No way! This can't be happening! Lisa dan Fiz?.. Tapi Fiz cakap Fiz kena tunang dengan gadis pilihan family dia. Aku lepaskan dia sebab aku tahu dia anak yang taat kepada ibubapa. Tapi...?? Fiz dengan Lisa?..apa dah jadi ni?.

Saat itu dunia Yuuki terasa kelam. Yuuki tidak menyangka dua org yang penting dalam hidupnya sanggup mengkhianatinya. Tetiba Yuuki senyum sendiri. Bagi Yuuki, segala itu tidak penting lagi. Hidup mesti diteruskan. Mungkin dia x sesuai utk Fiz dan Fiz x sesuai utk die. Think positive.. Mungkin jodohnya adalah someone yang jauh lebih baik daripada Fiz. Lisa dan Fiz, semoga kamu berbahagia. Tak baik dendam2 ni. Kalau kawen 2, jgn lupe invite aku.

4 Response to "pagi yang ceria/kelam?"

  1. piNky LuCiA says:
    March 10, 2010 at 1:35 AM

    waaa.. tujukan untuk sape ni? mendalam je maksudnya ni.. hehe

  2. hana devushka says:
    March 10, 2010 at 5:22 PM

    hee..ditujukan kpd org yg berkenaan..sape yg mkn lada, die la yg rase pedasnye..sape mkn donut..die rase manis la..ha3~

  3. Anonymous Says:
    March 10, 2010 at 8:52 PM

    ko ker yuki?

  4. hana devushka says:
    March 11, 2010 at 4:49 PM

    ha3..idup aku xde la tragis mcm 2..