Alkisahnya pada suatu hari, Hana dan dua orang adik kesayangannya, Ah Meng dan Shima telah mengikuti rombongan sambil makan angin bersama kedua orang tuanya ke rumah datuknya yang tidak berapa cukup kesayangannya. Sedang Hana bersama adik-adiknya sedang bersantai elok di rumah bapa saudaranya, yang terletak bersebelahan dengan rumah datuk mereka, terdengar suara laungan merdu milik ibu mereka..
"Anak-anak..jom makan malam. Semua sudah siap ni. Tinggal hidang aje."
Hana, Shima dan Ah meng berpandangan sesama mereka. "Makan Nasi?" Ketiga-tiga mereka berpandangan bagaikan tidak percaya situasi yang mereka sedang alami ketika ini. Kata Shima, "Alamatnya robek la tekak kita nanti".
Hana, Shima dan Ah Meng melangkah dengan berat hati menuju ke arah rumah datuk mereka. Langkah mereka sungguh tidak bertenaga. Jika perjalanan mereka menuju ke rumah datuk itu memakan masa 10 jam pun mereka tidak kisah. Ini kan lagi 10 tahun. Pasti nasi itu sudah basi dan mereka tidak perlu memakannya lagi.
Selang lima minit, mereka sudah bersila di hadapan lauk-lauk, bersedia untuk menikmati makan malam yang entah apa rasanya nanti. Mereka memandang lauk-lauk yang berada di hadapan mata. Banyak. Ada ikan kembung goreng, ikan gelama goreng, ayam gulai dan ikan gulai.
Hana dan Shima mula mengambil lauk masing-masing. Hana dan Shima mencapai ikan kembung goreng kerana lauk tersebut paling dekat dengan mereka. Ah Meng pula sempat mengambil ikan gelama goreng.
Okey. Ikan sudah ada. nasi sudah ada. Tapi dimana kuahnya? Ah Meng, Shima dan Hana berpandangan sesama sendiri. Gulai ayam dan gulai ikan berada betul-betul dihadapan atuk dan opah. Masing-masing menunggu giliran untuk mencedok kuah gulai tersebut. bau aroma gulai ayam sudah menusuk-nusuk hidung mereka. Tiba-tiba Opah bersuara, "Adik nak gulai ayam?"
Zuuppp..Ah Meng berpaling. Baru mahu mengangguk. Tiba-tiba pinggan terangkat. Dan Opah terus menyenduk gulai ayam ke dalam pinggan tersebut. Mata mereka sudah mula berkaca. Konon-konon terharu dengan layanan Opah mereka sendiri. Tetapi malangnya, itu bukan pinggan Ah Meng, tetapi pinggan sepupunya merangkap cucu kesayangan Opah mereka.
Hana, Shima dan Ah Meng berpandangan lagi. Akan tibakah masanya tekak mereka akan merasa kehangatan serta kelazatan gulai ayam tersebut? Sambil-sambil itu mereka mula menyuap nasi bersama ikan goreng tanpa kuah yang pastinya memeritkan tekak dan sebentar lagi mungkin mereka akan dihantar ke ICU kerana tekak telah terkoyak akibat penangan kerasya nasi.
1 minit berlalu..2 minit berlalu...15 minit berlalu..........masih tiada tanda-tanda bahawa Atuk dan Opah ingin berkongsi kehangatan dan kesedapan gulai ayam tersebut. Nasi didalam pinggan Hana, Shima dan Ah Meng juga sudah kosong. Hanya tulang ikan kembung sahaja yang tertinggal, berserta pinggan mangkuk yang bakal dicuci oleh mereka.
Sekian sahaja nasib Hana, Shima dan Ah Meng.
Pesanan untuk Atuk dan Opah..:
" Udah-udah ler tu.. Bawak-bawak la betobat.. Buah mangga tu bukan baru belajar berbuah.. Dah masuk sekolah, siap dapat A+ lagi exam. Jangan sampai masuk ward pulak tahun ni. Penangan buah mangga yang manis lagi berjus. Kalau tahun ni masuk lagi, alamatnya tak keluar-keluar sudah.. "

April 21, 2011 at 12:32 PM
oloh... keciannnyaaaa.. kenapa tak mintak?? ish3..
April 21, 2011 at 5:18 PM
hoho..xsmpai hati nak mintak..takut die serba salah..xnak bagi kan org dah mintak..kalau nak bagi kan..die nak mkan byk..haha~
tapi kalau ikut logik la..dah tgk cucu makan mcm 2..xkan xde perasaan nak bagi kowt?..