I don't want to grow up!~

"Awak ni kena ubah gaya awak tu. Biar nampak macam orang dewasa sikit. Jangan nampak macam gaya budak-budak lagi. Cukup-cukuplah tu. Muka tu dah la macam budak sekolah. Kalau perangai dan gaya pun macam budak sekolah jugak, tak nampak berkaliber la kita ni. Biar gaya tu confident sikit."


Kalau anda ditegur sedemikian rupa, agaknya apa reaksi yang sepatutnya anda berikan?. Aku pernah ditegur lebih kurang macam tu. Dalam 50% ayat diatas.


Okay..Aku tahu walaupun hakikatnya umur aku dah 22tahun menginjak ke 23 tahun..Muka aku still kebudak-budakkan. Kadang-kadang ini memberikan kita kelebihan. Kita boleh menyamar jadi budak-budak bawah umur dan tidak rasa bersalah untuk berkelakuan seperti budak-budak sekolah. Tapi susah jugak sebenarnya kalau muka dah macam budak tingkatan tiga ni. Macam-macam komen kita dapat.

Kadang-kadang aku rasa takut. Aku tak nak membesar menjadi seorang insan bergelar dewasa. Orang dewasa banyak komitmen dan tanggungjawabnya. Macam-macam rintangan yang bakal mereka tempuhi nanti. Kita dah tak boleh bergantung pada ibubapa. Bila dah dewasa, orang dah sibuk-sibuk nak carikan kita jodoh kalau kita masih belum berpunya. Dan aku tak mahu semua itu. Salah ke kalau kita nak bersama ibubapa lebih lama? Salah ke kalau kita mahu meluangkan lebih banyak masa bersama keluarga?


Ok. Kalau kita hitung-hitung hidup kita.. Mungkin riwayat hidup kita akan menjangkau 60 tahun. Kalau umur aku sekarang, 23 tahun dah nak kawen..Maka aku tidak sempat menghabiskan separuh daripada hidup aku bersama ibubapa dan adik-beradik. Sekurang-kurangnya bagi la aku peluang untuk aku bersama orang yang aku saying sedikit masa lagi. Jangan halang aku mengejar apa yang aku mahu. Berilah aku kesempatan untuk menarik nafas dengan lebih tenang.


Tapi aku tahu, kalaulah sekarang ni aku ada teman istimewa. Mungkin pandangan aku akan berbeza. Mungkin hati aku berbunga-bunga dan mahu meluangkan sebanyak mungkin masa bersama si dia. Mungkin. Mungkin. Mungkin.


Tapi jodoh dan ketentuan itu di tangan tuhan. Kita hanya boleh merancang, tapi tuhan yang menentukan segala-galanya.


Ada orang cakap, jodoh mesti dicari. Ia tak akan datang bergolek. Tapi beri aku peluang untuk menghirup udara segar dengan tenang sementara menunggu ribut melanda.




3 Response to "I don't want to grow up!~"

  1. piNky LuCiA says:
    April 7, 2011 at 11:29 AM

    hahahaha.. biarlah kerektor kita begitu asalkan fikiran kita matang. boleh bezakan mana boleh dan mana tak boleh. betul tak? hehehe.

  2. kyo_9 says:
    April 9, 2011 at 4:47 AM

    jodoh mesti dicari?
    padanla ramai yg salah sangka bercouple tuh ntk cari jodoh.. -_-"

  3. hana devushka says:
    April 9, 2011 at 6:17 PM

    ehh..xsemestinya cari jodoh dgn b'couple..byk lg cara..