musim orang kawen dah dekat...~

eh eh eh.. dah 12hb dah hari ni rupanya..mak oii..cepatnya masa berlalu.. Bulan 5 ni aku tak sempat lagi bukak blog..nak update blog lagi tak sempat..blogwalking pown bertambah la tak sempat. busy nya teramat.. So, ni 1st entry aku untuk bulan May ni..

Cuti sekolah pown dah nak dekat ni.. lagi 2 minggu.. Musim cuti sekolah ni la ramai orang mengambil peluang untuk mengadakan kenduri..majlis kesyukuran, majlis perkahwinan, dan macam-macam majlis lagi la.. Bercakap pasal kawen ni, dua tiga hari lepas aku ada dapat sms dari kawan aku..

"tuuttt..tuuutttt" bunyi handphone aku.

"Salam. Watpe sekarang? Ni Nina."

"Takde ape. Hana sekarang tengah praktikal. Nina plak?"

"Praktikal? Berapa lama? Nina cenggini la. Jadi orang..haha"

"Cehh..main-main plak. Nina buat ape sekarang?"

"Nina dah lama habis praktikal..hee.. Hana, Nina nak cite something ni. Nak dengar tak?"

"Nak..nak..ce cite..ce cite.."

"Hee..nak cite dah ni. Nina nak ajak Hana mari rumah. Nina nak kawen."

"Nina nak kawen? Alhamdulillah..sampai jugak jodoh kawan Hana sorang ni.."

"Emm..caye ke?"
"Mesti la caye.. Kenapa? Nina tipu ea?"

"Haha..nanti la, kalo btol2 nak kawen, Nina jemputnya..ney2.."

"Cehh..ingat betol tadi..mati2 kite caye.."

"Hehe..Nina tunggu Hana kawen dulu ar."

"Ade plak tunggu Hana. Alamatnya kempunan la Nina xboleh kawen kalo tunggu Hana. Nina tu lain la..dah berpunya.."

"Eleh..ye la tu.. Gini Hana, Nina nak ajak Hana datang rumah 1hb 6 malam..ada majlis. Tido rumah Nina takpe."

"Majlis ape, Nina?"

"Majlis makan malam."

"Ish Nina ni. Orang tanya betol2 ni..dia main2 plak."

"Hee..Nina nak kawen. Betol dah ni. 1hb 6 malam majlis tu."

Sebaik sahaja sms terakhir tu aku dapat, terus aku call dia. Minta penjelasan dan pengesahan. Rupa-rupanya betol la die nak kawen. Betol la budak sorang ni..nak kawen pown boleh lagi gurau2..kasi  bengkak jantung aku je..huhu~ Wahh..My best fren dah nak kawen..Aku bila lagi..haha.. Tapi boleh tak aku pegi majlis dia ni? Aku nak sangat2 pegi..tapi 4hb 6 tu my sis kawen..Mesti busy kat rumah.. Macam mana ni? Aku mahu mengatur strategi dengan jayanya supaya aku dapat berada di rumah kawan aku ni malam 1hb tu. Mesti la nak pergi oo..best fren kawen..tak kan tak nak pergi..sob2..

Aku harap semuanya berjalan dengan lancarnya..(^_^)

0 Response to "musim orang kawen dah dekat...~"