Selamat hari guru diucapkan kepada semua guru di Malaysia...semoga tahun ini lebih baik daripada tahun2 sebelumnya..Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara..
Cehh..macam buat ucapan tahun baru la plak.. Tahu hari ni hari apa? Hari ni hari Isnin la.. 16 Mei 2011.. Bererti, hari ni adalah hari guru..hehe.. Apa yang aku mengarut ni?..Ish3..
Tahun ni tahun pertama aku menyambut hari guru sebagai seorang guru.. Sebelum ni sambut sebagai pelajar je..hehe.. Tapi sambut hari guru pun, tak jadi cikgu betul2 lagi..masih dalam praktikal..(^_^)
Ok lah..sempena hari guru ni..aku adalah buat persembahan sket untuk tatapan guru-guru semua.. Aku pakat ngan budak-budak kelas nak buat Dekon yang tertajuk.. Guru Oh Guru.. Alaa..sajak Usman Awang tu..femes kan sajak tu.. kalau tak tahu sajak ni, tak tahu la.. Kalau tak tahu jugak..meh sini baca sajak tu dulu..
GURU OH GURU
BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
USMAN AWANG
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
USMAN AWANG
Okay..semua dah tahu sekarang kan sajak ni..(^_^).. Kire ok jugak la persembahan kitorang...boleh la..tahap sekolah kan..hihi.. Nak upload video kat sni, xboleh plak..sebab guna camera students.. So, nanti la aku ambil ngan diorang dulu semua gambar dan video tu..
Hmm..kalau hari guru mesti la tak lari daripada hadiah kan? So..aku ada la dapat hadiah sket..sket je la..(^_^) Terima kasih for all my students yang bagi hadiah ni.. Jom kita intai sket apa hadiah yang aku dapat sempena hari guru pertama aku ni..
Okay..gambar tak berapa nak okay..cuz amik ngan hp..camera hp dah rosak..huhu...Haa..agak-agak apa la hadiah yang terdapat dalam kotak-kotak tu semua? boleh teka tak?..(^_^).. Okay..firts item is..
Handphone chain.. bear lagi..❤❤❤ so sweet..(^_^) Okay, seterusnya..
Tuala kecik..hehe..comel je..biru.. Seterusnya...
Okay..yang ni sekolah punya.. Semua guru dapat.. Next..
Gelang n hp case.. comel je.. Thank you so much dear.. Okay Next..
Mug.. Bila bukak je hadiah ni, aku terus teringat bakal abang ipar aku.. Dia sangat suka beli mug untuk my sis.. Aku agak-agak, mesti dia ni pengumpul mug..haha.. Okay, pesanan untuk my sis..sila beli satu almari khusus untuk letak mugs anda..kiki..(^_^) ..Seterusnya..
Kamu tahu apa ni?.. Hadiah ni la aku rasa lain daripada yang lain.. tapi aku suka❤❤❤..strawberry lagi.. nyum3~ I love strawberry..(^_^) And the last one is...
Pen and keychain.. keychain bear lagi..sungguh cumil..
Terima kasih untuk semua students.. kamu semua sungguh sweet.. Persembahan tadi pun berlangsung dengan jayanya.. Kamu semua terhebat..!!! Luv u guys..❤❤❤
May 17, 2011 at 11:51 AM
hahahaha.. mug oh mug..
selamat hari guru,. nak hadiah jugak.. hehehe
May 18, 2011 at 11:31 AM
haha..mug tersayang..