Salam Perpisahan

Hari ni, hari last aku praktikal.. Sedih plak nak tinggal students semua..sob2(T_T).. Masa pergi kelas form 4 (kelas ni aku ajar Physics) lepas die habes exam tadi, sembang2 sket..diorang nyanyi lagu perpisahan untuk aku..so sweet.. Pastu snap pictures..lots of them..pastu diorang bagi aku hadiah..huhu~

Tengok kertas balut hadiah pun dah macam hadiah nak bagi baby baru lahir..hihi~ cube teka apa ada dalam ni?.. Jeng3..
 Dalam kotak kat atas ni ada teddy bear..besar lagi..huhu.. Colour putih..Kelakar plak bila diorang bagi hadiah teddy bear..Agaknya muka aku macam kanak2 10tahun.. Suka main teddy bear gitu..huhu~ Tapi aku suka..Terima kasih sebab bagi hadiah ni.. Sangat2 terharu..

Seterusnya aku pergi kelas form 2 plak..kelas ni aku ajar Mathematics.. Diorang buat jamuan sket..Bukan besar sangat pun..Just ada air teh o ais..hehe.. Dan hadiah yang diorang bagi adalah..


Sekarang tengah menunggu ayah ibu datang menjemput di rumah sewa.. Hari ni jugak aku balik kampung.. Banyak giler barang ni..huhu~

Menjelang Perpisahan

Hari ni masuk kelas nak jaga exam, paper Bahasa Melayu Kertas 1 pukul 8 hingga 9 pagi. Aku masuk awal sket, pukul 7.45 pagi. Selesai bacaan doa, aku terpandang whiteboard di hadapan kelas. Ada sesuatu yang menarik perhatian aku.


So sweet..students aku siap tulis lagu kat depan..  

Terharunya..esok hari terakhir aku kat sekolah ni.. Sedih nak tinggal students semua. Mereka semua sungguh baik dan comel..sob2..(T_T).. Setiap pertemuan, ada perpisahan..

Tepat jam 8 pagi, mereka semua mula tekun menjawab soalan BM.. Aku sempat la capture gambar sket.. Tekun betul mereka semua menjawab soalan...

Begitu tekun menjawab kertas peperiksaan..

Esok nak pergi kelas diorang lepas habes exam. Nak ucap selamat tinggal dan semoga berjumpa lagi. Sedih plak tetibe..(T_T)

Happy Teacher's Day~

Selamat hari guru diucapkan kepada semua guru di Malaysia...semoga tahun ini lebih baik daripada tahun2 sebelumnya..Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara..

Cehh..macam buat ucapan tahun baru la plak.. Tahu hari ni hari apa? Hari ni hari Isnin la.. 16 Mei 2011.. Bererti, hari ni adalah hari guru..hehe.. Apa yang aku mengarut ni?..Ish3..

Tahun ni tahun pertama aku menyambut hari guru sebagai seorang guru.. Sebelum ni sambut sebagai pelajar je..hehe.. Tapi sambut hari guru pun, tak jadi cikgu betul2 lagi..masih dalam praktikal..(^_^)

Ok lah..sempena hari guru ni..aku adalah buat persembahan sket untuk tatapan guru-guru semua.. Aku pakat ngan budak-budak kelas nak buat Dekon yang tertajuk.. Guru Oh Guru.. Alaa..sajak Usman Awang tu..femes kan sajak tu.. kalau tak tahu sajak ni, tak tahu la.. Kalau tak tahu jugak..meh sini baca sajak tu dulu..

GURU OH GURU
BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
 Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.


Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.


Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.


Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.


Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.


USMAN AWANG


 Okay..semua dah tahu sekarang kan sajak ni..(^_^).. Kire ok jugak la persembahan kitorang...boleh la..tahap sekolah kan..hihi.. Nak upload video kat sni, xboleh plak..sebab guna camera students.. So, nanti la aku ambil ngan diorang dulu semua gambar dan video tu..

Hmm..kalau hari guru mesti la tak lari daripada hadiah kan? So..aku ada la dapat hadiah sket..sket je la..(^_^) Terima kasih for all my students yang bagi hadiah ni.. Jom kita intai sket apa hadiah yang aku dapat sempena hari guru pertama aku ni..


Okay..gambar tak berapa nak okay..cuz amik ngan hp..camera hp dah rosak..huhu...Haa..agak-agak apa la hadiah yang terdapat dalam kotak-kotak tu semua? boleh teka tak?..(^_^).. Okay..firts item is..

Handphone chain.. bear lagi..❤❤❤ so sweet..(^_^) Okay, seterusnya..


Tuala kecik..hehe..comel je..biru.. Seterusnya...


 Okay..yang ni sekolah punya.. Semua guru dapat..  Next..

Gelang n hp case.. comel je.. Thank you so much dear.. Okay Next..


Mug.. Bila bukak je hadiah ni, aku terus teringat bakal abang ipar aku.. Dia sangat suka beli mug untuk my sis.. Aku agak-agak, mesti dia ni pengumpul mug..haha.. Okay, pesanan untuk my sis..sila beli satu almari khusus untuk letak mugs anda..kiki..(^_^) ..Seterusnya..


Kamu tahu apa ni?.. Hadiah ni la aku rasa lain daripada yang lain.. tapi aku suka❤❤❤..strawberry lagi.. nyum3~  I love strawberry..(^_^) And the last one is...


Pen and keychain.. keychain bear lagi..sungguh cumil..


Terima kasih untuk semua students.. kamu semua sungguh sweet.. Persembahan tadi pun berlangsung dengan jayanya.. Kamu semua terhebat..!!! Luv u guys..❤❤❤

musim orang kawen dah dekat...~

eh eh eh.. dah 12hb dah hari ni rupanya..mak oii..cepatnya masa berlalu.. Bulan 5 ni aku tak sempat lagi bukak blog..nak update blog lagi tak sempat..blogwalking pown bertambah la tak sempat. busy nya teramat.. So, ni 1st entry aku untuk bulan May ni..

Cuti sekolah pown dah nak dekat ni.. lagi 2 minggu.. Musim cuti sekolah ni la ramai orang mengambil peluang untuk mengadakan kenduri..majlis kesyukuran, majlis perkahwinan, dan macam-macam majlis lagi la.. Bercakap pasal kawen ni, dua tiga hari lepas aku ada dapat sms dari kawan aku..

"tuuttt..tuuutttt" bunyi handphone aku.

"Salam. Watpe sekarang? Ni Nina."

"Takde ape. Hana sekarang tengah praktikal. Nina plak?"

"Praktikal? Berapa lama? Nina cenggini la. Jadi orang..haha"

"Cehh..main-main plak. Nina buat ape sekarang?"

"Nina dah lama habis praktikal..hee.. Hana, Nina nak cite something ni. Nak dengar tak?"

"Nak..nak..ce cite..ce cite.."

"Hee..nak cite dah ni. Nina nak ajak Hana mari rumah. Nina nak kawen."

"Nina nak kawen? Alhamdulillah..sampai jugak jodoh kawan Hana sorang ni.."

"Emm..caye ke?"
"Mesti la caye.. Kenapa? Nina tipu ea?"

"Haha..nanti la, kalo btol2 nak kawen, Nina jemputnya..ney2.."

"Cehh..ingat betol tadi..mati2 kite caye.."

"Hehe..Nina tunggu Hana kawen dulu ar."

"Ade plak tunggu Hana. Alamatnya kempunan la Nina xboleh kawen kalo tunggu Hana. Nina tu lain la..dah berpunya.."

"Eleh..ye la tu.. Gini Hana, Nina nak ajak Hana datang rumah 1hb 6 malam..ada majlis. Tido rumah Nina takpe."

"Majlis ape, Nina?"

"Majlis makan malam."

"Ish Nina ni. Orang tanya betol2 ni..dia main2 plak."

"Hee..Nina nak kawen. Betol dah ni. 1hb 6 malam majlis tu."

Sebaik sahaja sms terakhir tu aku dapat, terus aku call dia. Minta penjelasan dan pengesahan. Rupa-rupanya betol la die nak kawen. Betol la budak sorang ni..nak kawen pown boleh lagi gurau2..kasi  bengkak jantung aku je..huhu~ Wahh..My best fren dah nak kawen..Aku bila lagi..haha.. Tapi boleh tak aku pegi majlis dia ni? Aku nak sangat2 pegi..tapi 4hb 6 tu my sis kawen..Mesti busy kat rumah.. Macam mana ni? Aku mahu mengatur strategi dengan jayanya supaya aku dapat berada di rumah kawan aku ni malam 1hb tu. Mesti la nak pergi oo..best fren kawen..tak kan tak nak pergi..sob2..

Aku harap semuanya berjalan dengan lancarnya..(^_^)