A Girl You Never Met

tiba-tiba perutku terasa memulas-mulas. Jantungku berdegup kencang. Peluh mula memenuhi dahi..urghh..Tolong..Apakah ini?
lecturer aku nak datang observe la esok weyh.. Kecut perut aku ni dok pikir pasal menda ni. Lesson plan yang aku buat ni okay ke tak? macamana pulak dengan aktiviti yang dah aku rancang ni? Boleh jalan ke? Students boleh faham tak apa yang aku ajar esok ni?
Aduss..terasa cuak tetiba. Help me..Help me..(@_@)
Hati..tabahkan dirimu. Meh sini aku jampi2 sket supaya kau tenang dan confident di depan lecturer..huhu~
Wish me luck, frens~~
(T_T)
Kadang-kadang aku rasa takut. Aku tak nak membesar menjadi seorang insan bergelar dewasa. Orang dewasa banyak komitmen dan tanggungjawabnya. Macam-macam rintangan yang bakal mereka tempuhi nanti. Kita dah tak boleh bergantung pada ibubapa. Bila dah dewasa, orang dah sibuk-sibuk nak carikan kita jodoh kalau kita masih belum berpunya. Dan aku tak mahu semua itu. Salah ke kalau kita nak bersama ibubapa lebih lama? Salah ke kalau kita mahu meluangkan lebih banyak masa bersama keluarga?
Ok. Kalau kita hitung-hitung hidup kita.. Mungkin riwayat hidup kita akan menjangkau 60 tahun. Kalau umur aku sekarang, 23 tahun dah nak kawen..Maka aku tidak sempat menghabiskan separuh daripada hidup aku bersama ibubapa dan adik-beradik. Sekurang-kurangnya bagi la aku peluang untuk aku bersama orang yang aku saying sedikit masa lagi. Jangan halang aku mengejar apa yang aku mahu. Berilah aku kesempatan untuk menarik nafas dengan lebih tenang.
Tapi aku tahu, kalaulah sekarang ni aku ada teman istimewa. Mungkin pandangan aku akan berbeza. Mungkin hati aku berbunga-bunga dan mahu meluangkan sebanyak mungkin masa bersama si dia. Mungkin. Mungkin. Mungkin.
Tapi jodoh dan ketentuan itu di tangan tuhan. Kita hanya boleh merancang, tapi tuhan yang menentukan segala-galanya.
Ada orang cakap, jodoh mesti dicari. Ia tak akan datang bergolek. Tapi beri aku peluang untuk menghirup udara segar dengan tenang sementara menunggu ribut melanda.
Designed by EZwpthemes
Converted into Blogger Templates by Theme Craft