Cerita arnab dan kura-kura..dan ular

Semua orang tahu pasal cerita arnab dan kura-kura. Sejak tadika lagi kita dah dengar cerita ni daripada cikgu-cikgu kita. Cerita tentang seekor arnab yang sombong dan menghina kura-kura. Arnab mencabar kura-kura untuk berlumba lari. Tetapi akhirya arnab malu sendiri apabila kalah dengan kura-kura yang semua orang tahu lambat berjalan.

tapi hari ini, aku ada baca tentang sambungan cerita arnab dan kura-kura tersebut. Tajuknya ialah arnab, kura-kura dan ular. Alkisahnya, ketika arnab dan kura-kura sedang beradu tenaga, sang ular menjadi pemerhati mereka. Ular tersebut merasakan bahawa kura-kura dan arnab tidak mampu menandingi kehebatannya. Lalu sang ular mencabarkura-kura dan arnab untuk berlumba sampai ke pohon mangga di seberang sungai. Untuk itu, mereka semua perlu menyeberangi sungai tersebut kerana tidak ada jalan lain lagi.

setelah beberapa ketika berfikir, sang arnab dan sang kura-kura membuat keputusan untuk bekerjasama dalam perlumbaan tersebut. Lalu sang arnab terus melompat ke atas belakang sang kura-kura untuk menyeberangi sungai. Apabila sampai di seberang sungai, kura-kura pula melompat keatas belakang arnab. Lalu arnab terus memecut laju. Akhirnya kura-kura dan arnab memenangi perlumbaan tersebut..

moral of the story: Apa yang penting?..KERJASAMA!!

3 Response to "Cerita arnab dan kura-kura..dan ular"

  1. starsyeea says:
    February 16, 2011 at 3:52 PM

    ehehehe...comel lak citer ko nih...terasa aku nk daftar club wonderpet lak...:p

    ini seriussss...! haha

  2. piNky LuCiA says:
    February 17, 2011 at 12:33 AM

    hahaha. KERJASAMA. ngeh3.

  3. hana devushka says:
    February 17, 2011 at 1:28 PM

    starsyeea: kalau dah daftar 2..gtaw la..nanti kowt2 kluar kat tv 9..bleh la aku jenguk2 kowt2 ade muke ko kat ci2..hehe~