senyuman 5 sentimeter

Lebar senyuman aku keluar dari bilik Dr.. Heh..lesson plan aku diterima..kui3~ Risau gak la aku Dr kritik lebih2..tapi ok aje. Alhamdulillah..

Daripada depan bilik lecturer sampai ke pintu pagar kampus, senyuman aku selebar 5 sentimeter. Tapi selepas 10minit menunggu bas yang tak sampai-sampai, dan dengan manusia yang ramai giler setia menunggu bas yang tak jugak muncul.. senyuman aku sudah berkurang kepada 0.5 sentimeter. Nasib baik dia tak kurang lagi kepada -2.7 sentimeter.

Aku sabar..mood tengah baik ni..senyum..senyum..dan senyum..(^_^)

Esok aku ada macrotreaching..wuhuu~~ nervous nya..(@_@)
DO YOUR BEST HANA!~ GANBATE!~

10 mitos tentang atuk aku..

1. atuk aku pemurah orangnya..

Bila tyme raya, atuk aku memang tak miss bagi duit raya. kalau dia bagi, bukan sket2..kurang2 rm50..itu kire sket la tu..biase atuk aku bagi rm100++..

Bulan 6 hari tu, pokok mempelam kat belakang rumah atuk aku berbuah. 1st tyme berbuah pokok ni. Baru belajar berbuah la katakan. Aku mintak 2 bijik je, tapi atuk aku bagi 10 biji. Terharu sungguh adik aku..Sampai menitis air mata dia.. Aku pown sebak juga.

2. atuk aku penyayang orangnya..

Atuk aku ni memang sayang kat cucu-cucu dia. Tiap kali aku datang kat umah, dia dah ada kat depan pintu..nak sambut cucu la katakan. Almaklumlah..dah lame tak jumpa..

Bila kami sampai aje, atuk aku terus peluk dan cium cucu-cucu dia. Sayang bebenor la katakan..


3. atuk aku seorang yang rajin..

Tiap kali aku pergi umah atuk aku, memang tak pernah aku tengok dia duk baring-baring tak buat kerja. Ada je keje yang nak dibuatnya.

Kadang-kadang atuk aku tolong opah basuh pinggan la. Kadang-kadang dia bercucuk tanam kat tepi rumah la. Memang tak pernah duduk diam. Rajinnya atuk aku..

4. atuk aku selalu ke masjid..

Atuk aku memang selalu ke masjid. Kalau boleh 5 waktu dia akan pergi ke masjid. Kalau bulan ramadhan lagi la. Memang atuk aku tak tinggal terawih. Atuk aku selalu ajak opah dan cucu-cucu dia pergi terawih sekali. Aku memang respect atuk aku..

5. atuk aku...

Lagi 6 aku sambung dalam entry lain.. Dah lenguh menaip..hehe(^_^)

Roselle..sedap dibuat jus dan jem..yummy~~


Roselle segar dari kebun mak aku.. Wahh...sodap.. Sejuk aje tekak ni minum air roselle mak..yummy~

Jem roselle pown enak juga..nyum3~ Sesuai dimakan tyme raya macam ni..haha~
Nanti aku nak buat tart roselle..boleh?..huhu~