Tunang seronok ke?

Hari ni dah hari terakhir pada bulan februari. Jadi esok dah masuk Mac. Students pun dah start exam esok. Thats mean, two weeks without LESSON PLAN. yay!~ haha^_^

Hrmm..lagi 2 minggu cuti sekolah. Jadi ramai la yang tunang n kahwin. Rasa-rasanya hadiah apa yang paling sesuai nak bagi orang bertunang ye?..Ada suggestion?..

Huhu..orang yang nak bertunang tu mesti hepy giler sekarang. Cincin dah beli, hantaran dah siap..Tunggu mase nak sarung cincin je. Haha.. Tapi jangan semangat sangat hulur tangan tu. Nanti tersilap hulur plak. Haru jadinya.

Terasa mahu pulang ke rumah. Nak bantu emak kemas rumah.(@_@)

Ajar sampai terlingkup~

huh!~ Hari ni aku ajar physics..haha.. last2 aku sama2 pening dengan budak2 skali..aku pening, diorang pown pening..ki3~ nasib baik la aku ada guru pembimbing yang sangat best! Dia banyak bagi aku tunjuk ajar dan bantuan. Jadi, kalau ada pape, bolehlah aku bertanya-tanya tanpa segan silu.kikiki~~

Soalan aku berbunyi..
"Both Mr Rabbit and Mr Tortoise took the same round trip, but Mr Rabbit slept and returned later. Who runs faster?"

huhu..sape bley jawab?..angkat tangan..(T_T)

Cerita arnab dan kura-kura..dan ular

Semua orang tahu pasal cerita arnab dan kura-kura. Sejak tadika lagi kita dah dengar cerita ni daripada cikgu-cikgu kita. Cerita tentang seekor arnab yang sombong dan menghina kura-kura. Arnab mencabar kura-kura untuk berlumba lari. Tetapi akhirya arnab malu sendiri apabila kalah dengan kura-kura yang semua orang tahu lambat berjalan.

tapi hari ini, aku ada baca tentang sambungan cerita arnab dan kura-kura tersebut. Tajuknya ialah arnab, kura-kura dan ular. Alkisahnya, ketika arnab dan kura-kura sedang beradu tenaga, sang ular menjadi pemerhati mereka. Ular tersebut merasakan bahawa kura-kura dan arnab tidak mampu menandingi kehebatannya. Lalu sang ular mencabarkura-kura dan arnab untuk berlumba sampai ke pohon mangga di seberang sungai. Untuk itu, mereka semua perlu menyeberangi sungai tersebut kerana tidak ada jalan lain lagi.

setelah beberapa ketika berfikir, sang arnab dan sang kura-kura membuat keputusan untuk bekerjasama dalam perlumbaan tersebut. Lalu sang arnab terus melompat ke atas belakang sang kura-kura untuk menyeberangi sungai. Apabila sampai di seberang sungai, kura-kura pula melompat keatas belakang arnab. Lalu arnab terus memecut laju. Akhirnya kura-kura dan arnab memenangi perlumbaan tersebut..

moral of the story: Apa yang penting?..KERJASAMA!!

praktikal oh praktikal

minggu ni masuk minggu ke 2 aku praktikal. agak penat jugak. keluar rumah sblm pkul 7.. kadang-kadang pukul 6 lebih baru smpai rumah balik. penat tu memang la penat. tapi nak buat cane.(T_T) kalau tyme kat uni dulu, class bukan sehari suntuk.. kadang-kadang ada hari yang tak de class. tapi sekarang, no excuse!~

mak aii..tolong la. malas nak praktikal. haha~~ Tapi semua ni cabaran. Bak kata orang, bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. Tapi aku rasa xde la senang sangat kowt. Kerja nanti pown mesti lebih kurang praktikal je. Uuhh..i miss my uni days..sob2~~

miz my daddy, mummy, sisters n brothers. Lots of Kisses n Hugs for them~ (^x^)