kempen berkunjung ke majlis perkahwinan

hampir setiap hari ada majlis perkahwinan yang meronta-ronta minta dikunjungi. Dah berderet beg-beg kertas dari kenduri-kenduri kawen ni kat rumah aku. Dah tak larat dah. Sekarang trend orang bagi surat yassin. Bagus jugak idea ni. Dapat pahala kalau surat yassin tu dibaca dan digunakan.

Tapi dah semakin kurang orang bagi bunga telur. Mak aku adalah peminat setia bunga. Beliau sangat suka bunga, jadi beliau sedikit kecewa kerana bunga telur masih tiada dalam koleksi cenderahati perkahwinan pada musim cuti sekolah ni.

Tapi, semalam aku pergi majlis kahwin best friend aku mase sekolah rendah. Cantik betul aku tengok dia. Makeup nya ala kadar saja, tapi disebabkan kecantikan semulajadi dia dah terserlah, dia tetap nampak superb cantik, naik seri orang cakap..hehe~ ..Dan..kawan aku ni bagi bunga telur. Gembira sungguh hati ibuku.(^_^)

Hari ni juga ada satu lagi majlis. Tapi satu kampung aje, kawan kepada abang aku. Mak aku dah menuju ke kenduri kawen tu seawal pukul 8 pagi. Maklumlah, hidup di kampung perlu selalu tolong menolong. Tapi yang pasti abang aku tak balik, busy la memanjang. Menagalahkan CEO pun ada.ki3~

so,setakat ini sahaja laporan aku tentang majlis perkahwinan selama seminggu cuti sekolah berlangsung. Kembali ke sri pentas..ngeh3~

2 Response to "kempen berkunjung ke majlis perkahwinan"

  1. fndrocka says:
    June 22, 2010 at 1:18 AM

    makan bola, tidur bola, mandi bola...takde ke sapa2 nak kawin dgn bola?

    Terbaru : Dilemma Wanita Gorjes

  2. hana devushka says:
    July 6, 2010 at 11:17 AM

    kalau ade, confirm masuk majalah 3..ha3~