sambungan..10 mitos tentang atuk aku..

entry ini adalah sambungan kepada 10 mitos tentang atuk aku..
Sila klik di sini untuk rujukan..(^_^)
.
.
.

5. atuk aku suka dengar ceramah agama

kalau atuk aku tak dapat pergi masjid untuk dengar ceramah agama, dia mesti duduk kat tepi tangga rumahnya untuk dengar ceramah. al maklumlaa masjid depan rumah.. sukanya atuk aku pada ilmu.. (rujukan dari Pinky Lucia)

6. atuk aku selalu call aku

atuk aku memang selalu call aku.. Hampir setiap hari atuk aku call aku. Kalau tak call aku 1 hari, memang tak lengkap lah hidup dia. Kalau atuk aku call aku, memang berjam-jam lah kitorang sembang.. Maklumlah, topik takkan penah habes. Kadang-kadang aku tanya khabar opah.. kadang-kadang atuk tanya khabar mak ayah.. tanya study ok ke tak..macam-macam lagi la.

7. atuk aku sangat pentingkan pelajaran

Kalau bab pelajaran ni, atuk aku memang nombor 1. Dia selalu nasihat kitorang adik-beradik supaya belajar rajin-rajin. Atuk aku selalu tanya perkembangan akademik kitorang adik-beradik. "Macamana matematik kamu yang lemah hari tu?".. "Macamana English kamu? dah improve?".. Itulah antara soalan-soalan atuk aku selalu tanya.

8. atuk aku selalu datang rumah aku

Tempat yang selalu atuk aku kunjungi..of coz la rumah aku. Atuk aku memang selalu datang rumah aku. Paling kurang pun, 1 bulan 1 kali. Kalau tak, 1 minggu 2 kali dia datang. Kalau boleh hari-hari dia nak pergi rumah aku. Kalau boleh lagi, atuk aku nak menetap kat rumah aku terus. Maklumlah..atuk aku kan sayang cucu. Tak sah kalau tak tengok cucu selalu. Aku pun kadang-kadang tak sempat nak pergi rumah atuk. Alih-alih, dia dah ade kat depan rumah.

9. atuk aku sangat pentingkan kesihatan

Atuk aku ni memang jaga pantang. Makanan yang manis-manis sangat ni dia tak makan. Jaga kesihatan. Atuk aku cakap dia tak suka susahkan anak cucu dia bila dia masuk hospital. Jadi, dia jaga pemakanan dia. Kalau tyme musim buah, kitorang bawak rambutan..dia makan 1biji je. Jaga kesihatan. Makan hanya untuk try saja. Respect betul atuk aku.

10. atuk aku seorang yang penyabar

Atuk aku memang penyabar orangnya. Tak pernah aku tengok dia marah-marah. Atuk aku tak pernah tinggikan suara dia dengan opah, anak-anak atau pun cucu-cucu dia. Kalau ada masalah, atuk aku tak cepat melenting. Dia akan fikirkan jalan yang terbaik untuk selesaikannya tanpa perlu marah-marah, tengking-menengking dan bermasam-muka.

Class la atuk aku..sayang atuk(^_^)




Dreams~



いい ね~

tesis oh tesis..terima kasih kerana mengundurkan diri dari jadual hidupku..

setelah 12 jam mengadap lappy tanpa henti
akhirnya
aku siapkan jugak tesis kesayanganku ini
alang2 dah siap tesis ni..
mesti la aku kena tulis penghargaan sket utk tesis aku ni



PENGHARGAAN
Syukur ke hadrat ilahi kerana dengan izinNYA, dapat juga saya lengkapkan tesis ini. Pertama-tamanya terima kasih kepada tesis ini sendiri kerana telah menyiapkan diri sendiri. Dikesempatan ini juga saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada lappy kesayangan saya atas sumbangan dan dorongan yang begitu mantap, dan juga tanpa beliau maka tidak sempurna lah tesis saya ini. Terima kasih juga kepada Momo kerana sudi menemankan saya ketika semua lena diulit mimpi. Sekian terima kasih.

HANA DEVUSHKA
111000111

haha
dah siap pown karangan penghargaan aku..
mata pown dah jadi lebam dah
gara-gara mengadap skrin laptop ni lama sangat..
dah macam ni ha mata aku..

-credits to google-


pada waktu dan saat ini
aku dah xbley pikir mende lain dah..
mata dah nampak bantal dan katil dah..


-credits to google-


muka bahagia giler
sebab dah siapkan tesis
hua3~~


-my cutey Momo-


Malam pra-graduasi ♥ we belong together ♥

15 October 2010
the Regency Hotel, KL


As we go on
we remember
all the times we
had together
and as our lives change
from whatever
we will still be
♥FRIENDS FOREVER♥

kamoo semua chantek
luv u guys♥

senyuman 5 sentimeter

Lebar senyuman aku keluar dari bilik Dr.. Heh..lesson plan aku diterima..kui3~ Risau gak la aku Dr kritik lebih2..tapi ok aje. Alhamdulillah..

Daripada depan bilik lecturer sampai ke pintu pagar kampus, senyuman aku selebar 5 sentimeter. Tapi selepas 10minit menunggu bas yang tak sampai-sampai, dan dengan manusia yang ramai giler setia menunggu bas yang tak jugak muncul.. senyuman aku sudah berkurang kepada 0.5 sentimeter. Nasib baik dia tak kurang lagi kepada -2.7 sentimeter.

Aku sabar..mood tengah baik ni..senyum..senyum..dan senyum..(^_^)

Esok aku ada macrotreaching..wuhuu~~ nervous nya..(@_@)
DO YOUR BEST HANA!~ GANBATE!~

10 mitos tentang atuk aku..

1. atuk aku pemurah orangnya..

Bila tyme raya, atuk aku memang tak miss bagi duit raya. kalau dia bagi, bukan sket2..kurang2 rm50..itu kire sket la tu..biase atuk aku bagi rm100++..

Bulan 6 hari tu, pokok mempelam kat belakang rumah atuk aku berbuah. 1st tyme berbuah pokok ni. Baru belajar berbuah la katakan. Aku mintak 2 bijik je, tapi atuk aku bagi 10 biji. Terharu sungguh adik aku..Sampai menitis air mata dia.. Aku pown sebak juga.

2. atuk aku penyayang orangnya..

Atuk aku ni memang sayang kat cucu-cucu dia. Tiap kali aku datang kat umah, dia dah ada kat depan pintu..nak sambut cucu la katakan. Almaklumlah..dah lame tak jumpa..

Bila kami sampai aje, atuk aku terus peluk dan cium cucu-cucu dia. Sayang bebenor la katakan..


3. atuk aku seorang yang rajin..

Tiap kali aku pergi umah atuk aku, memang tak pernah aku tengok dia duk baring-baring tak buat kerja. Ada je keje yang nak dibuatnya.

Kadang-kadang atuk aku tolong opah basuh pinggan la. Kadang-kadang dia bercucuk tanam kat tepi rumah la. Memang tak pernah duduk diam. Rajinnya atuk aku..

4. atuk aku selalu ke masjid..

Atuk aku memang selalu ke masjid. Kalau boleh 5 waktu dia akan pergi ke masjid. Kalau bulan ramadhan lagi la. Memang atuk aku tak tinggal terawih. Atuk aku selalu ajak opah dan cucu-cucu dia pergi terawih sekali. Aku memang respect atuk aku..

5. atuk aku...

Lagi 6 aku sambung dalam entry lain.. Dah lenguh menaip..hehe(^_^)

Roselle..sedap dibuat jus dan jem..yummy~~


Roselle segar dari kebun mak aku.. Wahh...sodap.. Sejuk aje tekak ni minum air roselle mak..yummy~

Jem roselle pown enak juga..nyum3~ Sesuai dimakan tyme raya macam ni..haha~
Nanti aku nak buat tart roselle..boleh?..huhu~