hampir setiap hari ada majlis perkahwinan yang meronta-ronta minta dikunjungi. Dah berderet beg-beg kertas dari kenduri-kenduri kawen ni kat rumah aku. Dah tak larat dah. Sekarang trend orang bagi surat yassin. Bagus jugak idea ni. Dapat pahala kalau surat yassin tu dibaca dan digunakan.
Tapi dah semakin kurang orang bagi bunga telur. Mak aku adalah peminat setia bunga. Beliau sangat suka bunga, jadi beliau sedikit kecewa kerana bunga telur masih tiada dalam koleksi cenderahati perkahwinan pada musim cuti sekolah ni.
Tapi, semalam aku pergi majlis kahwin best friend aku mase sekolah rendah. Cantik betul aku tengok dia. Makeup nya ala kadar saja, tapi disebabkan kecantikan semulajadi dia dah terserlah, dia tetap nampak superb cantik, naik seri orang cakap..hehe~ ..Dan..kawan aku ni bagi bunga telur. Gembira sungguh hati ibuku.(^_^)
Hari ni juga ada satu lagi majlis. Tapi satu kampung aje, kawan kepada abang aku. Mak aku dah menuju ke kenduri kawen tu seawal pukul 8 pagi. Maklumlah, hidup di kampung perlu selalu tolong menolong. Tapi yang pasti abang aku tak balik, busy la memanjang. Menagalahkan CEO pun ada.ki3~
so,setakat ini sahaja laporan aku tentang majlis perkahwinan selama seminggu cuti sekolah berlangsung. Kembali ke sri pentas..ngeh3~
owh. sudah 1 bulan aku x update blog. kenapa? sebab aku sedih. aku tak boleh nak terima. sob2(T_T). aku tak tahu apa lagi yang harus aku buat. adik cakap, sabar..nak buat macamana. benda dah pergi, tak akan kembali.
tapi hidup mesti diteruskan. aku akan cari yang lain. yang sudi jadi peneman di sisi.
semalam, aku jumpa si dia. aku sudah berubah ceria. kerja-kerja yang tertangguh juga boleh disiapkan. Thank you netbook ku..muahh..satu ciuman untuk mu.
kepada lappy kesayangan yang telah pergi, jangan salahkan diriku. bukan aku tak sayang kamu. cuma bak kata orang, hidup perlu diteruskan. jangan risau jangan bimbang, pemergianmu ku kenang..(^_^)
hari ni aku balik kampung
flight pukul 9 malam
so
pukul 3.30 nanti aku naik bas gi KL..
waahh..
excited excited
double excited
triple excited
dah lama tidak menatap wajah-wajah orang kesayangan.
Macamana agaknya mereka semua
Ada berubah dari segi fizikal
ataupun emosional?
Yang pasti
adik aku yang baru masuk form 1 tu,
mesti fizikalnya ada perubahan
adik aku yang form 4 tu pula
dengar kata
emosinya sudah ada peningkatan yang baik
tidak lagi seperti kanak-kanak
tidak lagi emosi tak tentu pasal
semakin menginjak dewasa
gembiranya..(^_^)
Tapi kerja aku cuti ni banyak juga. Aku perlu buat temubual untuk thesis aku. Nampaknya jenuh la aku nak buat transkripnya. Sudah terbayang hari-hari yang akan aku lalui semasa proses menyiapkan transkrip. Mesti sakit belakang mengadap lappy kesayangan ni. Owh. Ada sesiapa mahu membantu ke? Free of charge. hee~
Yang pasti, selama tempoh aku berada di rumah..kekerapan aku untuk update blog sangat la sedikit. Mana nak tahan internet macam siput sedut. Siput lagi laju rasenya.(laugh~). Okay semua yang sedang bercuti dan yang akan bercuti..Selamat bercuti. Happy holiday. Pastikan anda pulang ke kampung dan peluk cium parents masing-masing. Okay. Aku nak gi packing barang ni. Bas kul 3.30 tapi satu pown tak packing lagi. 3jam lagi ok..
Sekali lagi..Selamat Bercuti buat diriku..haha~
Tapi yang aku peliknya. Ada suara lelaki sekali. Korang tak reti balik rumah ke? Dah pukul dua ni weyh. Takkan kau nak bermalam dekat rumah tu kowt. Agak-agak la sikit. Adoii..tolong la senyap sikit, jadi budak yang baik dan balik rumah masing-masing.
Tapi nasib baik diorang tak karoake. Kalau tak, lagi haru-biru jadinya. Keluar suara-suara yang tak berapa nak menyumbang. Aku rasa kalau diorang tak senyap lagi, nanti akan ada la suara-suara warning dari jiran-jiran diorang ni.haha~
Selamat malam semua..(^_^) Tido nyenyak dan mimpi indah. Owh..jangan lupa peluk bantal busuk masing-masing..~
owh..
bukan semua orang
sebab ade yang bekerja
cthnya
Pinky Lucia
beliau cuti kejap aje
10hb kena masuk keje balik
maklumlah
orang yang dah bekerjaya
hehe..
so
tak ada cuti la
yang sekolah
bulan 6 baru cuti
yang duk IPT
sekarang anda cuti
yahuu!!~~
sekali lagi..
selamat bercuti
untuk diri sendiri
dan
sesiapa yang terlibat
secara langsung dan tidak..
- boleh jumpa mak
- boleh peluk mak
- boleh cium mak
- boleh makan masakan mak
- boleh jumpa ayah
- boleh peluk ayah
- boleh cium ayah
- boleh jumpa kakak
- boleh jumpa abang
- boleh jumpa adik
- boleh jumpa adik
- boleh jumpa adik
Akhir kata, Selamat bercuti kepada sesiapa yang bercuti..(^_^)
boleh pulak mamai2 lagi
ohh..
dah masuk bulan 5 rupenya
owh..aku ade 1 lagi paper petang ni..
kul 2.30
pastu esok boleh balik kampung..
♫..lalalala..♫
owh..
lupa pula
aku menang contest
Hizami 234 Epy Besday Kontest
1st tyme join contest
xsangka boleh menang pula..
thanks to Hizami kerana sudi bagi aku menang..tee hee~
lepas ni aku tidak mampu tido nyenyak
sebab?
asyik teringat hadiah yang bakal dimenangi..kui3~

