hatiku berdebar kencang!!

tiba-tiba perutku terasa memulas-mulas. Jantungku berdegup kencang. Peluh mula memenuhi dahi..urghh..Tolong..Apakah ini?

lecturer aku nak datang observe la esok weyh.. Kecut perut aku ni dok pikir pasal menda ni. Lesson plan yang aku buat ni okay ke tak? macamana pulak dengan aktiviti yang dah aku rancang ni? Boleh jalan ke? Students boleh faham tak apa yang aku ajar esok ni?

Aduss..terasa cuak tetiba. Help me..Help me..(@_@)

Hati..tabahkan dirimu. Meh sini aku jampi2 sket supaya kau tenang dan confident di depan lecturer..huhu~

Wish me luck, frens~~
(T_T)

pening lalat, bukan pening mamat

Urgghh..!!~~ Aku dah nak termuntah dah buat worksheet ni. Lecturer aku nak datang observe khamis ni and ahad depan. Aku dah macam dapat rasa yang mata hitam aku dah bertukar corak jadi ubat nyamuk..


[Picture] Jangan kamu cari mancis plak..
Nanti habes mata aku tak dapat melihat lagi..ngee~



Cuba memahami tajuk momentum telah meletakkan aku ditahap momentum tertinggi. Perlanggaran saraf-saraf otak aku menghasilkan elastic collision dan explosion. Sungguh menggerunkan.

Aku mahu"REHAT".. tetiba jadi macam tajuk novel Ain Maisarah plak.. "Aku mahu BULI", "Aku mahu sais 'S' "..haha~ Macam tak cukup rehat je. padahal semalam dah bantai tidur 10 jam!

Ehh..aku ada dengar pasal telur ayam tiruan. Ada jugak ye tiru-tiru telur ayam. Semua nak tiruan..Jenama tiruan..hanphone tiruan.. Silap-silap nanti..air tiruan pown ada..ngee~

I don't want to grow up!~

"Awak ni kena ubah gaya awak tu. Biar nampak macam orang dewasa sikit. Jangan nampak macam gaya budak-budak lagi. Cukup-cukuplah tu. Muka tu dah la macam budak sekolah. Kalau perangai dan gaya pun macam budak sekolah jugak, tak nampak berkaliber la kita ni. Biar gaya tu confident sikit."


Kalau anda ditegur sedemikian rupa, agaknya apa reaksi yang sepatutnya anda berikan?. Aku pernah ditegur lebih kurang macam tu. Dalam 50% ayat diatas.


Okay..Aku tahu walaupun hakikatnya umur aku dah 22tahun menginjak ke 23 tahun..Muka aku still kebudak-budakkan. Kadang-kadang ini memberikan kita kelebihan. Kita boleh menyamar jadi budak-budak bawah umur dan tidak rasa bersalah untuk berkelakuan seperti budak-budak sekolah. Tapi susah jugak sebenarnya kalau muka dah macam budak tingkatan tiga ni. Macam-macam komen kita dapat.

Kadang-kadang aku rasa takut. Aku tak nak membesar menjadi seorang insan bergelar dewasa. Orang dewasa banyak komitmen dan tanggungjawabnya. Macam-macam rintangan yang bakal mereka tempuhi nanti. Kita dah tak boleh bergantung pada ibubapa. Bila dah dewasa, orang dah sibuk-sibuk nak carikan kita jodoh kalau kita masih belum berpunya. Dan aku tak mahu semua itu. Salah ke kalau kita nak bersama ibubapa lebih lama? Salah ke kalau kita mahu meluangkan lebih banyak masa bersama keluarga?


Ok. Kalau kita hitung-hitung hidup kita.. Mungkin riwayat hidup kita akan menjangkau 60 tahun. Kalau umur aku sekarang, 23 tahun dah nak kawen..Maka aku tidak sempat menghabiskan separuh daripada hidup aku bersama ibubapa dan adik-beradik. Sekurang-kurangnya bagi la aku peluang untuk aku bersama orang yang aku saying sedikit masa lagi. Jangan halang aku mengejar apa yang aku mahu. Berilah aku kesempatan untuk menarik nafas dengan lebih tenang.


Tapi aku tahu, kalaulah sekarang ni aku ada teman istimewa. Mungkin pandangan aku akan berbeza. Mungkin hati aku berbunga-bunga dan mahu meluangkan sebanyak mungkin masa bersama si dia. Mungkin. Mungkin. Mungkin.


Tapi jodoh dan ketentuan itu di tangan tuhan. Kita hanya boleh merancang, tapi tuhan yang menentukan segala-galanya.


Ada orang cakap, jodoh mesti dicari. Ia tak akan datang bergolek. Tapi beri aku peluang untuk menghirup udara segar dengan tenang sementara menunggu ribut melanda.




A Muslim man looks gorgeous when..


A Muslim man looks gorgeous when he leads pray and read Al-Quran

Buka blog Mysara Newrie tadi..
jumpa ni..
I have to agree 189%
(^_^)
setuju tak?

Tiada lagi...

tiada lagi buku-buku yang tebal untukku disini
yang tinggal hanya
buku teks yang nipis untuk ditenung sampai tembus isinya




tiada lagi kertas peperiksaan untukku jawab disini..
cuma sekadar
kertas peperiksaan untukku tanda sahaja



Tiada lagi waktu kelas yang fleksibel di sini..
cuma tinggal waktu kerja dari jam 7.40 hingga 2.30 petang..
hari rabu, pukul 6.00 petang baru habes aktivinya..
sob2..(T_T)



aku mahu kembali ke universiti..
biarpun assignment yang melambak bagai gunung
tapi masih dapat tidur di siang hari..kuang3~


tiada siapa menantiku disana..

Aku nak pulang ke rumah. Tapi tak ada orang yang menanti kepulanganku di rumah. Aku menangis, merintih..

Cehh..dengar macam emo filer..haha~ Sebenarnya aku nak balik hari ni.. Weekend kan.. nak la balik rumah, spend time with family. Tapi mak n ayah tak ada kat rumah. Diorang pergi Pahang. My untie nak pergi umrah this coming Tuesday. So, buat makan-makan sket. Kenduri doa selamat la lebih kurang. Aku nak ikut..Tapi tak dapat la. Coz malam sabtu baru balik. Sekolah start hari Ahad. Nanti tetiba mc plak aku nanti..huhu~

Takpe la..next week aku balik la. Jangan ada pape aktiviti plak next week. Nanti nangis aku tak balik rumah lagi. Cehh..dulu kalau tak balik rumah 2 bulan pun tak nangis, emo segala. Ni konon-konon duk dekat rumah, tetibe nak nangis sebab 2 minggu tak balik..

Pape pown.. Miz daddy n mummy..so much..muahhx!!~

you are the BEST!!~ [bijak menguruskan kewangan]

Jika sesiapa bertanya, "Siapakah idola anda?". Pasti aku akan menjawab dengan sebegitu pantas dan bersemangat, "Of course, my parents." Dan dengan senyuman yang melebar, penuh kebanggaan. Ibubapaku mungkin tidak berjaya seperti ibubapa orang lain, mungkin tak sekaya ibubapa kamu, mungkin tak sepintar ibubapa anda, atau mungkin tak berharta seperti ibubapa orang lain. Tetapi mak dan ayah aku tetap the best. Mereka lah idola aku. Kenapa aku cakap macam tu? Apakah alasan yang begitu kukuh yang meyakinkan dan menetapkan pendirian aku bahawa idola aku adalah ibubapa ku?

Ibubapaku walaupun bukan orang kaya, tetapi mereka mampu tanggung kami adik beradik masuk universiti tanpa perlu mengambil pinjaman PTPTN. Tak percaya? Mahu tanya apakah pekerjaan ibubapaku? Ayahku seorang petani, manakala ibuku seorang surirumah sepenuh masa. Persoalannya, bagaimanakah ibubapaku mampu menanggungku adik beradik sampai tamat belajar di universiti? Adakah sampai tergadai tanah sawah sebendang? Atau adakah ayahku tidak tidur malam bekerja mencari wang?

Oh tidak! Mestilah tidak. Mereka tidur seperti orang lain. Bangun seperti orang lain. Dan menjalani hidup seharian seperti orang lain juga. Jadi, apakah caranya mereka mampu berbuat sedemikian. Adakah terdapat rahsia disebaliknya?

Kalau kamu tanya mereka, pasti mereka akan menjawab..Itu semua rezeki dari Allah. Alhamdulillah syukur dengan rezeki yang dikurniakan olehNya. Jika kamu tanya aku, pasti aku pun tidak mempunyai jawapannya. Apatah lagi mahu menghuraikan rahsia-rahsia yang mungkin tidak wujud.

Mak dan ayah aku juga sudah menunaikan haji pada umur mereka 40-an, walaupun kesemua anak masih lagi bersekolah. Juga telah pergi mengerjakan umrah beberapa tahun selepas itu. Malah mampu membawa adik bongsukunpergi bersama.

Apa yang aku ingin katakan disini ialah, PENGURUSAN KEWANGAN. Bagi aku, ibubapaku amat bijak dalam menguruskan kewangan mereka. Buktinya adalah seperti yang aku katakan diatas. Jadi aku mahu menjadi seperti mereka. Bukan maksud aku mencari pekerjaan seperti mereka, tetapi bijak menguruskan kewangan seperti mereka. Walaupun hidup tidak mewah, tapi masih mampu menjalani hidup ini dengan lancar dan sempurna.

Tapi bukanlah hanya kerana mereka bijak dalam menguruskan kewangan, aku menjadikan ibubapaku sebagai idola. Tetapi disebabkan aku bersyukur kerana keluargaku adalah sebuah keluarga yang bahagia. Saling mengambil berat dan sayang-menyayangi. (^_^)

..RUMAHKU SYURGAKU..