senyuman 5 sentimeter

Lebar senyuman aku keluar dari bilik Dr.. Heh..lesson plan aku diterima..kui3~ Risau gak la aku Dr kritik lebih2..tapi ok aje. Alhamdulillah..

Daripada depan bilik lecturer sampai ke pintu pagar kampus, senyuman aku selebar 5 sentimeter. Tapi selepas 10minit menunggu bas yang tak sampai-sampai, dan dengan manusia yang ramai giler setia menunggu bas yang tak jugak muncul.. senyuman aku sudah berkurang kepada 0.5 sentimeter. Nasib baik dia tak kurang lagi kepada -2.7 sentimeter.

Aku sabar..mood tengah baik ni..senyum..senyum..dan senyum..(^_^)

Esok aku ada macrotreaching..wuhuu~~ nervous nya..(@_@)
DO YOUR BEST HANA!~ GANBATE!~

10 mitos tentang atuk aku..

1. atuk aku pemurah orangnya..

Bila tyme raya, atuk aku memang tak miss bagi duit raya. kalau dia bagi, bukan sket2..kurang2 rm50..itu kire sket la tu..biase atuk aku bagi rm100++..

Bulan 6 hari tu, pokok mempelam kat belakang rumah atuk aku berbuah. 1st tyme berbuah pokok ni. Baru belajar berbuah la katakan. Aku mintak 2 bijik je, tapi atuk aku bagi 10 biji. Terharu sungguh adik aku..Sampai menitis air mata dia.. Aku pown sebak juga.

2. atuk aku penyayang orangnya..

Atuk aku ni memang sayang kat cucu-cucu dia. Tiap kali aku datang kat umah, dia dah ada kat depan pintu..nak sambut cucu la katakan. Almaklumlah..dah lame tak jumpa..

Bila kami sampai aje, atuk aku terus peluk dan cium cucu-cucu dia. Sayang bebenor la katakan..


3. atuk aku seorang yang rajin..

Tiap kali aku pergi umah atuk aku, memang tak pernah aku tengok dia duk baring-baring tak buat kerja. Ada je keje yang nak dibuatnya.

Kadang-kadang atuk aku tolong opah basuh pinggan la. Kadang-kadang dia bercucuk tanam kat tepi rumah la. Memang tak pernah duduk diam. Rajinnya atuk aku..

4. atuk aku selalu ke masjid..

Atuk aku memang selalu ke masjid. Kalau boleh 5 waktu dia akan pergi ke masjid. Kalau bulan ramadhan lagi la. Memang atuk aku tak tinggal terawih. Atuk aku selalu ajak opah dan cucu-cucu dia pergi terawih sekali. Aku memang respect atuk aku..

5. atuk aku...

Lagi 6 aku sambung dalam entry lain.. Dah lenguh menaip..hehe(^_^)

Roselle..sedap dibuat jus dan jem..yummy~~


Roselle segar dari kebun mak aku.. Wahh...sodap.. Sejuk aje tekak ni minum air roselle mak..yummy~

Jem roselle pown enak juga..nyum3~ Sesuai dimakan tyme raya macam ni..haha~
Nanti aku nak buat tart roselle..boleh?..huhu~

Hujan lagi~

keluar dari library tadi
tengok langit gelap aje
alamak!
payung lupa bawak..

kawan2..
cepat..

sampai bustop
hujan dah turun
makin lebat
makin lebat..
baju dah separuh basah!

sampai kolej
turun bas
hujan tambah lebat..

tetiba
angin datang
kuat giler~
habes terbang payung
baju habes lencun
dari hujung kepala
sampai hujung kaki
habes basah

gate kolej pown terbalik
dahsyatnya angin
aku redah juga

sampai rumah..
dah macam orang jatuh dalam kolam renang
(ToT)

hujan oh hujan

currently watching..

おはよう。。

Currently watching Kaichou wa Maid-sama..


-credits to google-

hehe..(^_^)..best~~

..about student council president, Ayuzawa Misaki (misa-chan) working at maid cafe as a part-timer due to family circumstances. She tries to hides her job from the school because of his president's title. Unfortunately Usui Takumi, a popular guy from school found out about her job and began imposing her life. There are a lots of funny moments(^_^).. Love it!~

じゃね。。

Black n White Contest~

Balik aje dari Karnival Riang Ria Raya di kolej, aku terus menekan butang ON di lappy kesayangan. Kemudian icon Mozilla Firefox aku click. Lalu aku masuk blog kesayangan aku ni. Aku baca komen-komen. Owh, ada satu komen dari Pinky Lucia.

"cik Hana... anda di tag untuk join contest black and white hehehe.."

Tag? Contest? Lalu aku masuk blog cik Pinky Lucia pula. Owh, contest dari En. KisahCreativeHeart rupanya. Aku click pula link tuan punya penganjur contest ni (KisahCreativeHeart). Aku baca tajuk entry nya.. "Black and White Contest". Aku scroll down page tersebut. Owh. Ada syarat-syarat penyertaan. Aku baca syarat2 tersebut dengan teliti. Syarat-syarat penyertaan contest black n white tersebut adalah seperti berikut:
  • Pertandingan ini bermula 26 July berakhir pada 6 September 2010...
  • Hadiah merupakan wang Ringgit... dan akan dihantar melalui akaun bank... jumlah dirahsiakan...
  • Anda hendaklah meng-Upload gmba hitan dan putih sahaja... dan untuk mengelakkan penipuan... gamba itu mesti gamba anda sendiri... kalo d orang lain menyelit2 tu takpe... janji anda mesti berada dalam gamba tu... Susahkan?? hahhaaaa... nak dapat duit memang la susah sikit...
  • Anda hendaklah menjadi salah sorang follower saya...
  • Banner atas nie mestilah diletakkan di slidebar blog anda... ala selalu yang kat tepi tu...
  • Tag at least one person... banyak lagi bagus... dan pastikan orang yang anda tag tu tahu yang dia di tag..
  • PENTING.... sila tinggalkan link yang anda upload gmba anda tu kat comment post ini yup... nanti sy xtau plak..

Upload gambar? Urm..nak upload gambar yang mane ye?..Aku ligat berfikir. Aku terus membuka folder-folder gambarku. Mencari-cari gambar yang sesuai yang boleh diupload. Yang penting, mesti ada gambar aku dalam tu ye.. Setelah penat mencari..Aku memilih gambar ini. Gambar bersama my bff..hee(^_^)


Okay..syarat yang seterusnya. “Anda hendaklah menjadi salah sorang follower saya...”. Lalu aku tekan butang “Follow” di blog En KisahCreativeHeart.


Syarat yang seterusnya, “Banner atas nie mestilah diletakkan di slidebar blog anda... ala selalu yang kat tepi tu...” Okay, aku pown buat la apa yang patut.

Next.. “Tag at least one person... banyak lagi bagus... dan pastikan orang yang anda tag tu tahu yang dia di tag..” Aku pun mula memikirkan siapakah gerangannya yang bertuah, yang akan di tag oleh aku nanti. Setelah berfikir secara bijaksana dan memikirkan baik buruk nya (laugh~), aku telah memilih..jeng3~:

Hehe..Zamy..selamat mencuba..(^_^)


cuti 5 hari, tapi aku tetap disini..

こんにちは。。

Mula hari ni, aku cuti 5 hari..

jumaat: cuti nuzul quran
sabtu n ahad : cuti hunjung minggu
isnin: class batal
selasa: cuti merdeka

total cuti aku start hri ni adalah 5 hari. Tapi aku tak ada plan nak gi mana2 pown. uwaahh~ boringnya.. Nak balik kg terus, rabu ngan khamis adalah class yang xboleh ponteng. Hri khamis ni ada presentation PBL..

Alangkah bagusnya kalau class pada hari rabu dan khamis dibatalkan juga. Kalau la macam tu, hari ni aku boleh terus poskan diriku ini balik ke rumah tercinta.(^_^)

Tapi apakan daya..akan ku tabahkan diri ini melalui hari-hari mendatang (ayat apakah ini?..) Yang penting adalah, lagi 7 hari aku balik umah..yahuuu~~ Jom kite balik kg ramai2.. Akan ku suruh mak masak mee bandung kegemaran semua itu(^_^) yummy~

じゃね。。