1. Hati berdebar-debar saat terpandang wajah si dia.
Ini mungkin juga. sebab kita suka orang tu, mesti la kita berdebar-debar bila berhadapan dengannya. Tapi bagaimana pula kalau kita berdebar-debar di saat interview? Adakah penemuduga itu jodoh kita? ^_^haha~ Atau di saat kita berdebar-debar menunggu keputusan peperiksaan daripada guru kita. Adakah kita ada hati pada guru tersebut?..ngee~
2. Muka kita iras dengan jodoh kita.
Betul ke statement ni? Aku rasa segelintirnya memang betul. Tapi kebanyakannya tak betul pun. Buktinya, cuba anda lihat ibubapa anda sendiri. Adakah mereka ada iras-iras? Tidak, bukan? Tapi perkahwinan mereka tetap bahagia dan berkekalan. Siap boleh sambut jubli perak, dan seterusnya emas lagi..(^_^)
3. Cincin di jari kelingking suami sepadan pada jari manis isteri.
Ini lagi la aku rase tak berapa nak betul. Macamana kalau suami dia berbadan gempal, dan isteri kurus cekeding..Rasa-rasa mestilah longgar cincin tu kat tangan isteri dia. Dan kalau keadaan sebaliknya berlaku, mestilah cincin tu ketat pada jari isteri. Bukan setakat ketat, mungkin terus tak muat. Tapi mereka tetap juga bahagia hingga ke anak cucu. Jadi mungkinkah ini semua sekadar mitos?
Pada pendapat aku, hati tu yang penting. Kalau kita setia, bertimbang rasa, jujur dan saling menghormati hak masing-masing, insyaAllah rumahtangga akan bahagia sampai ke SYURGA..^_^




