おはよう。。
wuuhuu~ Aku baru masuk portal td..check jadual exam.. Amik ko! dah keluar dah..jeng3..
wahh..3 hari je exam aku sem ni.. lagi 2 tu xde final ye..so, 3 paper je untuk aku bertungkus lumus study pada sem ni..Maklumlah..dah sem last2 ni..sem depan dah nak praktikal..nervous oo..pikir pasal praktikal ni, adakah aku boleh menjalani praktikal dengan baik dan lulus cemerlang?..haha..sama-sama la kite tengok nanti..(^_^)
tapi bile tengok jadual exam ni, paper last aku 3hb 12.. Kalau ikut kalendar akademik, last exam 10hb 12.. habes awal sket la aku sem ni. Biasanya pada sem2 lepas, aku la orang yang paling lewat habes exam..(T_T)
Nway..next week dah start cuti raya.. Aku balik kg 4hb 9.. Nak balik 3hb, tapi tiket dah habes. Persaingan sengit betol untuk mendapatkan tiket raya ni.. Lots of thanks 2 Pinky Lucia sebab susah payah beratur dan sudi belikan tiket untuk diri ini..hee~
じゃね。。
tanggal 22 august 2010, majlis berbuka puasa beramai-ramai telah diadakan di One Smile Bistro.. Owh, aku cakap je beramai-ramai tapi bukan seluruh warga kampus.. Hanya coursemate aku je. Kitorang dah rancang 3 hari sebelum tu untuk berbuka puasa bersama-sama..(^_^)
Best jugak makan ramai-ramai ni. Seronok.. Lagipun bukan selalu dapat berkumpul ramai-ramai ni.. Macam-macam perkara yang tak disangka-sangka berlaku. Hepy, gelak ketawa, yang memalukan pown ada..tapi cover2 je la..ha3~
Aku sempat jugak snap pic sana n sini.. tapi tak banyak pown.. Overall..best la majlis buka puasa ni. Makan sama-sama ngan kawan, sembang-sembang, gelak-gelak, cerita-cerita, gosip-gosip..huhu~ Banyak tol aktiviti nya..(^_^)
-wajah2 ceria mereka-
-posing maut 2~-
menu berbuka hari ini agak special sedikit ye. kamu tanya kenapa? sebabnya chef hari ini di import khas dari johor..huhu(^_^). Chef Riz sangat berbakat dalam masak-memasak ni. Jom kite jenguk ape yang chef Riz masak hari ini. Aku buat ape? aku tak buat pape. aku hanya bertindak sebagai penolong chef sahaja. tolong tengok itu memang kerja aku.haha(^_^)
..inilah menu berbuka orang bujang..ngeh3~~
muslimin dan muslimat
jangan nakal-nakal
genapkan puasa anda
selama 1 bulan
di bulan ramadhan
harapan aku untuk ramadhan tahun ini ialah...
"semoga puasa aku penuh...aminn"
hehe..
wah..masuk hari ni, dah cukup sebulan aku x update blog.. mood untuk menulis ni hilang entah ke mana. Biasa la, awal2 sem ni kelam kabut sket.
semalam aku pegi tengok citrawarna rainforest festival sempena pesta gawai keamatan. ada tarian2 tradisional semua. agak menarik jugak. yang paling aku suke tyme ada persembahan 'sape' ni..uuh..teruja jugak aku tengok die main. macam gitar pown ade..(^_^)
well..banyak assignment menunggu. dah senior year ni..banyak la keje nye.. dengan tesis ny, assignment ny, presentation n etc..
well..がんばります。
aku sangat suka tengok gambar-gambar yang ceria. esp wajah manusia-manusia yang sangat ceria. tak kisah la wajah kanak-kanak, remaja, dewasa mahupun warga emas. yang penting ceria. bila aku tengok gambar-gambar yang berwajah ceria ni, aku pun turut ceria juga. melihat wajah-wajah yang ceria ini adalah terapi yang cukup baik untuk aku di waktu kesedihan.
aku juga suka menatap wajah kanak-kanak yang comel dan innocent. (^_^).. Bila berada di rumah, album gambar keluarga akan ku selak-selak melihat tanpa jemu wajah-wajah adik-adik ketika kecil. amat comel dan mencuit hati.
bila tengah menangis, kalau terpandang wajah yang comel itu, serta merta tangisan aku akan terhenti. comelnya.. sangat comel.(^_^)



